Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia!

Slogan “Find your perfect car” merupakan falsafah kami dalam mencadangkan kereta yang terbaik untuk anda. Tidak mengira nilai mahupun kesesuaian, kadangkala pengguna mahukan kenderaan yang unik.

Antara pembelian yang selamat

Cuma anda mungkin perlu mengelak daripada 5 kereta kompak dan sedan ini kerana mereka tidak laku sama sekali sehinggakan anda boleh rasa menyesal suatu hari nanti.

Adakah Proton Juara akan berada dalam carta ini?

Carta ini bukanlah berdasarkan analisis angka jualan tetapi bilakah kali terakhir anda melihat kereta berikut?

Segmen A/Model pengenalan: Naza Sutera

Naza Sutera merupakan kereta buatan Malaysia yang paling teruk. Untuk maklumat anda, Sutera adalah kereta Naza pertama yang tidak dilambang semula daripada sebuah Kia.

Penampilan Naza Sutera lebih baik berbanding Hafei Lobo

Ia dihasilkan berdasarkan Hafei Lobo, sebuah kereta China yang direka bentuk oleh Pininfarina. Menariknya, kereta ini mempunyai suspensi yang ditala oleh Lotus. Ia juga mempunyai enjin 1.1L 4-silinder oleh hasil Kerjasama Mitsubishi, Harbin Aviation, dan syarikat tempatan yang dikenali sebagai MCIC.

Dilancarkan pada tahun 2006, kereta ini bersaing dengan Perodua Kancil dan kemudiannya Viva. Dengan harga RM 35,996 untuk varian GS, ia merupakan alternatif yang cukup menarik.

Kenapa ia tidak laku?

Sebagai perbandingan, Kancil terasa seperti Rolls Royce manakala Sutera terasa seperti menaiki kereta kuda.

Perkara ini jelas berbeza kerana Kancil dihasilkan berdasarkan syarikat Jepun, Daihatsu. Sutera pula dihasilkan berdasarkan syarikat China, Hafei. Hal ini dibuktikan lagi apabila terdapat banyak aduan yang dilaporkan oleh pemilik walaupun kereta baru berusia 2 bulan.

Naza Forza yang dipertingkatkan

Walau apapun, Naza cuba memperbaiki keadaan dengan melancarkan Naza Forza. Malangnya, prestasi jualan masih teruk sehinggakan mereka terpaksa memberhentikan pengeluaran pada tahun 2011.

Chana Era CV6

Kereta kedua dalam carta kami ialah sebuah lagi kereta keluaran China iaitu Chana Era CV6. Ia dihasilkan berdasarkan Changan Benben dan dijual oleh Berjaya Auto.

Dilancarkan pada tahun 2009, Era CV6 kelihatan menarik. Kereta kompak yang berharga RM 36,862 ini menggunakan enjin 1.3L daripada Suzuki. Dengan itu, ia mempunyai lebih kuasa berbanding Perodua Viva.

Era CV6 juga didatangkan dengan varian Premium yang berharga RM 40,888. Varian ini dilengkapi dengan ABS, beg udara pemandu, pemain CD, power window, dan roda aloi. Macam berbaloi, bukan?

Kenapa ia tidak laku?

Walaupun harganya seperti Perodua Viva, rakyat Malaysia belum yakin untuk membeli kereta buatan China lebih-lebih lagi yang berharga murah sebegini.

Dari segi kualiti, kereta ini terasa murah kerana ia mempunyai mutu dan bahan binaan yang teruk. Dengan komponen yang terdedah serta plastik yang tidak sekata, anda boleh terasa bahawa kereta ini boleh roboh pada bila-bila masa sahaja.

Tambahan pula, kereta ini mempunyai taraf keselamatan Chinese New Car Assessment Program (C-NCAP) yang tercorot sebanyak 2/5 bintang atau 18/50. Skor sebegini tidak meyakinkan rakyat Malaysia sama sekali.

Sedan segmen B: Chery A160

Untuk pengetahuan anda, pengalaman kereta China pertama di Malaysia dimulakan pada tahun 2005 melalui Chery A160.

Dengan harga RM 61,519, ia bersaing terus dengan Proton Waja. Bukan setakat memiliki spesifikasi yang serupa, malah ia didatangkan dengan brek ABS dan 2 beg udara sebagai standard.

Kereta ini turut mempunyai enjin 1.6L Tritec yang dibangunkan oleh Chrysler dan BMW di Brazil. Menariknya, enjin ini juga digunakan pada MINI Cooper generasi pertama. Ini bermaksud anda memiliki sedan MINI dengan harga yang lebih murah!

Kenapa ia tidak laku?

Walaupun mempunyai enjin MINI, A160 tidak tahan sama sekali. Malah ia telah menjadi isu apabila pusat servis tidak mempunyai alat ganti yang mencukupi kerana ia susah untuk dicari.

Dari segi kualiti pula, tidak dinafikan bahawa Waja agak teruk tetapi A160 tidak boleh dipercayai sama sekali. Antaranya seperti air yang boleh masuk ke dalam kabin dan beberapa bahagian yang mudah tercabut.

Untuk maklumat anda, Chery A160 merupakan antara kereta China pertama yang dieksport ke luar negara. Malangnya, sebuah penerbit automotif Russia telah mengenakan ujian kemalangan terhadap kereta ini (turut dikenali sebagai Amulet di Russia). Keputusannya, anda boleh lihat sendiri di dalam video ini.

Bayangkan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan sewaktu memandu Chery A160 ini. Dengan beg udara sekalipun, tidak mungkin anda boleh terselamat. Untuk pengetahuan anda, video ini telah menjejaskan persepsi pembeli terhadap tahap keselamatan kereta China selama bertahun.

Sedan segmen C: Chery A5

Walaupun dengan sambutan yang hambar pada A160, Chery tidak menyerah kalah.

Malah mereka telah mengeluarkan Chery A5 yang dihasilkan berdasarkan Seat Toledo.

Di Malaysia, Chery A5 didatangkan dengan enjin 2.0L 4-silinder untuk bersaing dengan Honda Civic dan Toyota Corolla Altis. Menariknya, ia hanya berharga RM 95,888.

Kenapa ia tidak laku?

Kereta China yang terkenal dengan isu kualiti sememangnya tidak lari daripada Chery A5 ini. Selain itu, ia lemah dari segi pemasaran dan iklan.

Untuk pengetahuan anda, semua kereta China yang telah kami senaraikan ini tidak mempunyai kereta uji pandu sama sekali. Barangkali mereka takut jikalau pihak media mengritik kereta mereka dimana hal ini boleh menjejaskan tarikan pembeli.

Pengedar Malaysia, Chery Alado Automobile mensasarkan jualan sebanyak 100 unit setiap bulan. Disebabkan tidak ramai yang tahu dan keraguan pembeli terhadap enjin buatan sendiri, jualan Chery A5 boleh dikira dengan jari tangan sahaja.

Eksekutif: Ssangyong Chairman

Akhirnya, kita beransur kepada jenama yang lebih dikenali. Untuk maklumat anda, Ssangyong turut dikenali sebagai Mercedes-Benz Korea. Realitinya, mereka sememangnya rakan sekerja.

Masihkah anda ingat?

Jenama ini dirasmikan di Malaysia sejak tahun 90-an. Dengan sambutan yang agak baik, mereka melancarkan Ssangyong Chairman sebagai abang sulung dalam jenama tersebut.

Menariknya, kereta ini kelihatan seperti Mercedes S-Class W140 tetapi ia sebenarnya berkongsi platform dengan Mercedes E-Class W210. Malah ia juga menggunakan enjin Mercedes seperti 3.2L 6-silinder sebaris, 2.8L 6-silinder sebaris, dan 2.3L 4-silinder.

Kenapa ia tidak laku?

Kereta ini mempunyai nilai jualan semula yang cukup teruk dimana jenama ini tidak mempunyai harga sama sekali. Walaupun ianya sebuah Mercedes yang lama, pembeli tidak tertarik sama sekali.

Sewaktu pengeluaran, ia berharga sekitar RM 168,000 hingga RM 208,000. Barangkali Mercedes-Benz W210 lebih mempesonakan kerana jenama yang dipertontonkan sememangnya kelihatan lebih gah.

Sekiranya Mercedes dan Ssangyong dibandingkan sekalipun, mudah untuk menentukan siapa lebih menarik di antara mereka.

Inilah senarai kereka kompak dan sedan yang paling tidak laku di Malaysia. Untuk episod seterusnya, adakah anda inginkan senarai kereta SUV dan MPV yang paling tidak laku pula?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Aruz

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model