Proton S70 berjaya terima 400 tempahan dalam 1 minggu, sasar jualan 2k unit sebulan!

Model keempat Proton yang berasaskan Geely dan juga sedan serba baharu pertama mereka dalam satu dekad setengah iaitu Proton S70 diterima begitu baik oleh rakyat Malaysia semenjak tempahannya dibuka 10 hari lepas.

Kata Roslan Abdullah selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, mereka telah menerima sehingga 400 pesanan dalam masa satu minggu tempahan dibuka. Untuk makluman anda, Proton menyasarkan jualan S70 sebanyak 2,000 unit sebulan.

Bagi anda yang belum tahu, sedan ini boleh ditempah di setiap cawangan Proton sejak 1 November lagi, iaitu dengan deposit RM 500. Tarikh pelancaran dan harganya pula akan diumumkan kemudian.

Menariknya, orang ramai sudah boleh melihat Proton S70 bermula esok (11 November) tetapi Proton belum mengumumkan sebarang butiran mengenai lokasinya.

Secara teknikal, Proton S70 bakal hadir dengan enjin 1.5L turbo 3-silinder yang dipadankan dengan transmisi DCT. Sama ada enjin berkuasa 150 PS/226 Nm atau unit direct injection 177 PS/255 Nm masih belum diketahui. Uniknya, trenkuasa ini sendiri tiada pada model pendermanya iaitu Geely Emgrand yang hanya menggunakan enjin 1.5L NA yang digandingkan dengan transmisi CVT atau manual 5-kelajuan.

Walaupun S70 bersaing dalam kategori sedan segmen C, harganya mungkin lebih kurang sama dengan segmen B seperti Honda City dan Toyota Vios.

Juga baca: Keluaran Proton S70 dah mula - enjin 1.5L turbo, rakyat dah boleh tempah pada RM 500!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton S70

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2023 Geely Binrui Cool 1.5T Competition, Could this be the Proton S50/S70 R3 Edition?

Model keempat Proton yang berasaskan Geely dan juga sedan serba baharu pertama mereka dalam satu dekad setengah iaitu Proton S70 diterima begitu baik oleh rakyat Malaysia semenjak tempahannya dibuka 10 hari lepas. Kata Roslan Abdullah selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, mereka telah menerima sehingga 400 pesanan dalam masa satu minggu tempahan dibuka. Untuk makluman anda, Proton menyasarkan jualan S70 sebanyak 2,000 unit sebulan. Bagi anda yang belum tahu, sedan ini boleh ditempah di
Toyota Camry 2024 serba baharu (XV80) akan membuat debut global di Amerika pada 14 November 2023 10 pm ET, iaitu 15 November jam 11 pagi waktu kita. Setakat ini, profil bahagian depannya sudah diiklankan dan kini, Toyota mendedahkan pula sebahagian daripada bahagian belakangnya. Berdasarkan apa yang terlihat, ia bakal menjadi yang pertama dalam sejarah Camry Hybrid untuk mendapat pilihan pacuan semua roda. Bahagian dalam pula masih dirahsiakan tetapi secara amnya, elemen reka bentuk yang diterap
Menjadi sebahagian daripada agenda lawatan rasmi ke Malaysia, Naib Presiden China, Han Zheng telah melawat kilang Proton di Tanjung Malim. Beliau diterangkan mengenai inisiatif dan inovasi strategik yang memacu pertumbuhan dan kejayaan Proton berikutan kerjasama yang terjalin di antara DRB-HICOM dan Geely Holding. Antara yang turut hadir ialah Timbalan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri YB Liew Chin Tong, Timbalan Setiausaha Awam (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Ind
Dalam majlis pelancaran Maxus Mifa 9 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kerajaan kini menawarkan pengurangan cukai sehingga RM 300,000 untuk syarikat yang menyewa EV bukan komersial. Cukai jalannya juga dikecualikan sehingga 31 Disember 2025. Juga baca: Maxus MIFA 9 dilancarkan; Dari RM 269k, MPV EV pertama Malaysia - 245 PS, jarak gerak 435 km Selain itu, Anwar juga menekankan lanjutan pengecualian cukai yang diberitahu sewaktu olahan Bajet 2023. Kata beliau,
Dengan kemelut yang berlaku di Palestin sekarang ini, rakyat Malaysia pasti turut tersentuh dengan apa yang menimpa di sana. Disebabkan itu, terdapat banyak saluran bantuan yang dibuka untuk membantu mereka yang terkesan. Menariknya, di Kajang, terdapat seorang insan bernama Abdul Halim Keply, 41 dengan seikhlas hatinya berhasrat untuk menjual salah satu daripada koleksi keretanya iaitu Nissan Laurel C35 demi membantu saudara di Palestin. Kalau anda nak tahu, beliau membuka harga legenda ini pad

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Proton S70
Cek Lebih