Honda City Hatchback 2024 facelift terdedah tanpa seurat benang di Thailand - debut menanti!

Dan kini, perkembangan baharu yang dimuat naik dalam Facebook City Hatchback & City Turbo Thailand menunjukkan model ini tanpa seurat benang. Yang satu di perkarangan pusat Honda dan satu lagi di atas treler.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa model kemaskini buat hatchback segmen B ini bakal debut tidak lama lagi. Menurut laporan sahih, ia bakal dirasmikan dalam acara Motor Expo 2024 di Thailand.

Berdasarkan apa yang dapat dilihat, ia tampil dengan pembaharuan kosmetik melalui reka bentuk bampar dan gril hadapan.

Secara logiknya, City Hatchback terbaharu ini dijangka menerapkan peningkatan dari segi kelengkapan, sama seperti City facelift.

Maksud di sini ialah ciri Lead Car Departure Notification (LCDN). Varian lebih atas pula dijangka hadir dengan ciri Low-Speed Follow (LSF).

Selain daripada itu, model di Thailand dijangka kekal dengan penawaran trenkuasa sama melalui nadi:

  • 1.0L VTEC Turbo 3-silinder; 122 PS/173 Nm, CVT
  • 1.5L hybrid i-MMD, (NA 4-silinder + 2 motor elektrik); 109 PS/253 Nm

Bagi anda yang belum tahu, enjin 1.5L NA DOHC i-VTEC (121 PS, 145 Nm) yang ada di pasaran kita tidak ditawarkan di Thailand kerana mereka perlu menepati piawaian Eco Car di sana untuk mendapat potongan harga.

Sebagai rujukan, City Hatchback di Malaysia yang ada sekarang dijual pada harga dan varian seperti berikut:

  • 1.5 S: RM 78,900
  • 1.5 E: RM 86,900
  • 1.5 V: RM 91,900
  • 1.5 V Sensing: RM 95,900
  • 1.5 RS e:HEV: RM 109,800

Juga bacaHonda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda City Hatchback

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Honda City Hatchback Is Coming To Malaysia! Youngster's New Dream Car!

Top 5 New Cars Coming to Malaysia in 2021 - Perodua D55L, Iriz Cross, Corolla Cross & More!

Honda City facelift telahpun menembus pasaran kita pada Ogos tahun lepas. Pada masa yang sama, kelibat Honda City Hatchback facelift mula kelihatan di Thailand tetapi dalam bentuk samaran. Juga baca: Spyshot: Thailand uji Honda City Hatchback 2023 facelift - akan dapat Low-Speed Follow? Dan kini, perkembangan baharu yang dimuat naik dalam Facebook City Hatchback & City Turbo Thailand menunjukkan model ini tanpa seurat benang. Yang satu di perkarangan pusat Honda dan satu lagi di atas treler. Ini
Semasa sesi soal jawab yang dijalankan pada acara uji pandu media untuk Proton S70, terdapat pertanyaan mengenai ketersediaan potensi varian yang lebih berpatutan, menampilkan enjin berkapasiti 1.5 liter aspirasi natural (NA). Azman bin Mahmod, Timbalan Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Trenkuasa Proton, menjawab dengan menyatakan bahawa Proton merancang untuk mengekalkan enjin 1.5T turbo untuk memastikan kos pengeluaran selaras dengan skala ekonomi. "Jika kami ingin menggunakan enjin 1.5 liter
Menurut Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, sekurang-kurangnya 5 pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S untuk tahun ini bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Beliau berkata demikian dalam lawatan pengenalan inisiatif Kecemerlangan Operasi Proton (POE) di Vivahill Motor Service Sdn Bhd di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Juga baca: Tempat servis pantas & bekalan alat ganti minimum 3 bulan antara program penambahbaikan selepas jualan Proton Operation
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengilang Automobil China, negara itu telah memintas Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar di dunia untuk tahun 2023. Angka yang melibatkan 4.91 juta kenderaan itu memotong bilangan 4.42 juta yang diumumkan dari analisis Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA). Menurut Biro Kastam China, peningkatan tahun ke tahun adalah sehingga 57%. Antara sebab China berjaya mengeksport sebegitu banyak adalah pelaburan besar-besaran dalam sektor kende
Tahun 2024 mungkin akan menjadi tahun di mana semua orang berhenti bertanya kepada Proton tentang bila sokongan Android Auto dan Apple CarPlay (AA/CP) akan tersedia. Pada acara uji pandu media Proton S70 baru-baru ini, Proton mendedahkan bahawa ciri penyambungan ini akan membuat debut untuk model yang akan dilancarkan tahun ini. Proton tidak mendedahkan apa model yang akan datang ini tetapi kemungkinan besar ia adalah Proton X70 โ€˜faceliftโ€™ yang telah dikesan di jalan raya kita. X70 diperkenalkan

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda City Hatchback
Cek Lebih