Perodua
Owner Review: I Plan to Do Some Further Upgrades for My 2019 Perodua Myvi 1.5H
320
Berdasarkan metodologi untuk tahun 2017-2020, sebanyak 25 daripada 37 model telah menerima taraf 5-bintang untuk ujian keselamatan ASEAN NCAP.
Perodua Myvi telah mencapai skor yang baik.
Namun begitu, metodologi baharu untuk tahun 2021-2025 akan diumumkan. Sekiranya Perodua mahu mengekalkan taraf tersebut, mereka perlu menambah ciri amaran titik buta (BSM).
Sejak laporan pertama ASEAN NCAP pada tahun 2013, metodologi telah dikemaskinikan pada tahun 2017 dimana ia melibatkan 3 penilaian yang baru iaitu Adult Occupant Protection (AOP), Child Occupant Protection (COP), dan Safety Assist Technology (SAT).
Penilaian keempat iaitu Motorcyclist Safety akan dirasmikan di dalam metodologi terbaru yang akan berkuat kuasa pada tahun 2021. Berdasarkan laporan mereka, penunggang motosikal merangkumi 80% daripada pengguna jalan raya di negara ASEAN.
Untuk maklumat anda, pengguna motosikal menyumbang kepada kadar kemalangan dan kematian yang tertinggi. Maka itu, ASEAN NCAP percaya bahawa ciri keselamatan seperti amaran titik buta boleh mengurangkan kadar kecelakaan terutama kepada pengguna motosikal.
Dalam erti kata lain, kenderaan tersebut perlu hadir dengan ciri amaran titik buta untuk mendapat penarafan keselamatan 5-bintang untuk metodologi ASEAN NCAP yang terbaru pada tahun hadapan.
Ciri keselamatan ini akan menjadi satu kewajipan selain daripada brek kecemasan automatik (AEB), beg udara di sisi, dan amaran pemakaian tali pinggang.
Selain daripada Myvi, Perodua Aruz juga perlu hadir dengan ciri amaran titik buta pada kemaskini yang seterusnya untuk mengekalkan taraf ASEAN NCAP 5-bintang. Ciri ini sebenarnya hadir pada saudara kembarnya iaitu Toyota Rush. Maka itu, tidak mustahil untuk ciri ini didatangkan pada Perodua Aruz kelak.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Perodua
To make a choice between new perodua Myvi 1.5 and 2nd hand peugeot 207. Which will be better? I'm a graduate and plan to buy a car for commuting. I'm making choices between new Perodua Myvi 1.5 and second hand Toyota Vios. I don't want to be bothered by maintenance and repairing... Which will be a better choice for me?😀😀
11
54
13