window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021!

Khairil · May 15, 2021 11:00 AM

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021! 01

Yamaha baru saja menyiarkan video 'teaser' kedua mengenai kehadiran sebuah jentera baharu dalam siri 'R' jenama berkenaan yang dipercayai YZF-R7 2021.

Juga baca: Yamaha siar video ‘Teaser’ kehadiran jentera baharu, dijangka YZF-R7!

Tidak seperti video 'teaser' pertama yang tidak menampakkan sebarang 'siluet' jentera berkenaan, kali ini, Yamaha lebih bermurah hati dengan menunjukkan sekilas panel depan berserta lampu siang (DRL) motosikal itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021! 01

Dan lebih menarik, ia turut memberitahu tarikh rasmi bila jentera itu akan dilancarkan iaitu pada 18 Mei ini.

 

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021! 02

Tetapi tidak sampai beberapa jam sejurus video 'teaser' itu disiarkan, imej lengkap jentera 'Sportbike' itu sedang 'bergaya' di sebuah litar tertiris kepada umum dan dikongsikan secara meluas di laman maya.

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021! 03

Daripada imej yang terdedah itu, dapat dilihat jentera berkenaan sememangnya memenuhi jangkaan terutama dari sudut reka bentuk yang tampil dengan rekaan yang menarik, sporty dan 'menggiurkan'.

Dari sudut spesifikasi pula, ia masih lagi satu rahsia.

Juga baca: Yamaha ganti R6 dengan R7? MT-07 jadi platform!

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021! 04

Namun andai maklumat mengenai Yamaha YZF-R7 2021 dibangunkan daripada model'Naked' popular Yamaha, MT-07 adalah tepat, ia akan menggunakan enjin yang serupa iaitu CP2 bersesaran 689 cc dan paling penting, patuh piawaian Euro 5.

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021! 05

Sebagai info, YZF-R7 dikhabarkan dibina oleh Yamaha bagi menggantikan Sportbike popular kelas pertengahan jenama berkenaan iaitu YZF-R6. Jentera berkenaan tidak lagi dijual di Eropah dan Amerika Syarikat kerana tidak mematuhi piawaian Euro 5.

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021! 06

Menilai lebih lanjut kepada beberapa imej yang terdedah, menguatkan lagi bahawa imej yang tertiris itu bukan 'prank', dapat dilihat juga individu yang berada pada video teaser berkenaan adalah orang yang sama.

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021! 07

Sama bukan. Imej yang diambil dari Youtube (kiri) dan imej yang tertiris

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021! 08

Sama bukan. Imej yang diambil dari Youtube (kiri) dan imej yang tertiris

Berbalik kepada YZF-R7, sekiranya ia dicipta untuk mencabar dalam segmen Sportbike pertengahan yang turut diisi Honda CBR650R atau Aprilia RS660, harganya juga dijangka tidak begitu premium seperti R6.

Imej lengkap Yamaha YZF-R7 2021 tertiris, pelancaran pada 18 Mei 2021! 09

Ketika ini, tidak diketahui sama ada jentera terbaharu Yamaha ini akan menjengah pasaran Malaysia namun apa yang pasti, peluangnya tetap ada. Apapun, sebagai pengguna, kita layan dulu pelancaran jentera ini di Eropah.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda