window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar!

Khairil ยท Apr 5, 2022 05:00 PM

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar! 01

Sebagai salah satu model skuter yang menjadi tumpuan ketika Expo Motor Chongqing tahun lalu, kehadiran Longjia XDV300i amat dinanti-nantikan. Perkembangan terbaharu, model yang bersesaran sedikit rendah namun memiliki rekaan serupa iaitu Longjia XDV 250Si akhirnya dirasmikan. 

Seperti kebanyak model baharu, skuter bergaya 'Adventure' itu sedang rancak diuji media di negara Tembok Besar itu.

Juga baca: Longjia XDV 300i 2022 dipertontonkan, rekaan mirip Honda ADV 150, guna enjin Aprilia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar! 01

Justeru apa kaitannya dengan Malaysia? Menurut sumber, model yang sama bakal dibawa ke pasaran tempatan dan menjadi 'abang' kepada salah satu skuter bergaya 'ADV' popular, WMoto XTreme 150i.

Berdasarkan media di China, Longjia XDV250Si menggunakan trenkusa yang sama dengan Zongshen Nexus 250S iaitu enjin bersesaran 250 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi automatik.

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar! 02

Angka kuasa yang dihasilkan adalah 24.5 Hp pada 8,750 rpm dan tork 22.5 Nm pada 6,750 rpm. 

Justeru, ia lebih bertenaga daripada model skuter terbaharu WMoto iaitu ES250i (21 Hp pada 8,000 rpm dan tork 21 Nm pada 6,500 rpm) yang dilancarkan, baru-baru ini.

Juga baca: Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium!

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar! 03

Dari sudut rekaan, Longjia XDV250Si tampak cukup mirip Honda ADV 350 yang baru dilancarkan Honda. Justeru, sekalipun berkemungkinan menggunakan nama WMoto XTreme 250i di Malaysia, rekaannya cukup berbeza dengan WMoto XTreme 150i.

Dan apa yang lebih menarik, sekalipun menggunakan enjin bersesaran 250 cc, saiz Longjia XDV250Si boleh dikatakan kompak dan tidak seperti kebanyakan skuter bersesaran sama yang agak sasa.

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar! 04

Meneliti salah satu video mengenai tunggang uji Longjia XDV250Si itu oleh media di China, ia sememangnya mempunyai keupayaan untuk meredah laluan lasak. Dengan saiz yang kecil, sesi tunggang uji yang berjalan di laluan lasak itu nampak cukup menyeronokkan.

Juga baca: Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu!

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar! 05

Selain memiliki jarak lega bumi yang agak tinggi iaitu 160 mm, Longjia XDV250Si turut dipadankan dengan komponen berkualiti dan memiliki beberapa ciri yang dianggap menarik.

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar! 06

Antaranya adalah penggunaan fork jenis terbalik (USD) jenama KYB, penyerap hentak berkembar lengkap dengan 'Sub tank' (belakang) boleh laras, lampu LED penuh, brek cakera depan dan belakang (kaliper J.Juan) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar! 07

Untuk mendapatkan lebih keseronokan di laluan lasak, ABS di skuter berkenaan juga boleh dinyahaktif. Panel meter TFT berwarna pula lengkap dengan sambungan ke telefon bimbit. 

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar! 08

Informasi lanjut yang menarik untuk diketahui adalah tangki bahan api 13.5 liter dan penggunaan tayar jenis 'all-terrain'. Berdasarkan maklum balas yang diperoleh, rata-rata memuji skuter berkenaan yang dijual pada harga 24,980 yuan (RM 16,557) itu.

'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar! 09

Tidak diketahui bila MForce akan melancarkan WMoto Xtreme 250i ke pasaran tempatan tetapi untuk yang kurang sabar, satu lagi penawaran iaitu WMoto ES250i mungkin sesuai untuk anda.

Juga baca: Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799!


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda