window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799!

Khairil · May 4, 2021 05:00 PM

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 01

Selepas Thailand, peminat Malaysia akhirnya berpeluang untuk memiliki skuter 'Adventure' tulen dari Honda, X-ADV 750 2021 yang datang dengan pelbagai kemaskini menarik.

Juga baca: Honda X-ADV 750 generasi baharu dilancarkan di Thailand, Malaysia masih menunggu?

Perkembangan menarik itu diperoleh menerusi laman Facebook Honda Big Wing Petaling Jaya, semalam yang menyatakan jentera hebat itu bakal tiba di bilik pameran mereka tidak lama lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan harga jualan asas RM 67,799 (tanpa cukai jalan, yuran pendaftaran, insuran), ia hadir bersama tiga pilihan warna iaitu Pearl Deep Mud Gray, Grand Prix Red dan Graphite Black.

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 01

Graphite Black

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 02

Grand Prix Red

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 03

Pearl Deep Mud Gray​​​

Seperti yang diketahui, Honda X-ADV 2021 mengalami perubahan yang agak ketara berbanding model sedia ada termasuk dari reka bentuk, paparan panel meter TFT berwarna, kerangka yang lebih ringan dan pelbagai lagi.

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 04

Honda X-ADV 750 2021 ketika dilancarkan di Thailand, bulan lalu.

Dari sudut trenkuasa, Honda X-ADV masih dipadankan dengan enjin bersesaran 745 cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 8 Injap, SOHC, 2 Silinder Parallel yang patuh piawaian emisi Euro 5.

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 05

Enjin itu digandingan transmisi DCT (Dual Clutch Transmission) enam kelajuan. Ia turut datang dengan mod manual dan turut dikemas kini di mana penukaran gear boleh dibuat menggunakan suis manakala sistem 'valve' dan ekzos turut ditala semula.

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 06

Sebagai jentera yang mampu menempuh laluan 'offroad', kuasa yang dijana adalah 57.8 Hp pada 6,750 rpm dengan tork maksimum 69 Nm pada 4,750 rpm.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 07

Selain daripada reka bentuk yang lebih garang, antara perubahan lain bagi Honda X-ADV 750 2021 adalah rekaan lampu depan yang berbeza. Ia juga mempunyai ruang simpanan bawah pelana 22 liter, pengecas USB dan disambungkan dengan teknologi Honda Smartphone Voice Control System.

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 08

Sebagai skuter aras tinggi dari Honda, ia turut dilengkapi sistem Throttle By Wire (TBW) dengan empat pilihan mod tunggangan (Rain, Standard, Gravel dan Sport) selain mod User untuk tetapan peribadi dan mempunyai sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 09

Sistem suspensi pula menggunakan fork depan jenis terbalik (USD) 41 mm, suspensi belakang monoshock dengan Pro-Link swingarm, brek depan dwi-cakera 296 mm, brek cakera belakang tunggal 240 mm dan sistem ABS dua saluran.

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 10

Di bahagian roda, ia menggunakan rim 17 inci dengan tayar 120/70 di depan dan 15 inci dan 160/60 di belakang.

Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799! 11

Ciri-ciri lain Honda X-ADV 750 2021 adalah tangki bahan api 13.2 liter, ketinggian tempat duduk 820 mm, sistem lampu kecemasan Emergency Stop Signal (ESS) dan lampu nyalaan siang (DRL) bersepadu.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda