![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 01]()
Tidak lagi angan-angan, motosikal skuter yang paling dinantikan, Honda ADV 150 kini boleh didapati di negara ini dengan harga jualan cukup menarik RM11,999.
Pada majlis pelancarannya yang dibuat secara maya oleh pengedarnya Boon Siew Honda (BSH), hari ini Honda ADV 150 boleh didapati dengan dua varian warna di Malaysia iaitu Mat Charcoal Gray Metallic dan Vivacity Red.
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Tampil dengan reka bentuk ala 'adventure' dan futuristik, jauh berbeza daripada skuter-skuter lain dalam kelasnya di pasaran ketika ini, ia membuatkan 'adik' kepada X-ADV 750 menjadi skuter yang paling dinantikan-nantikan.
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 01]()
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 02]()
Begitupun, ia penantian yang panjang buat peminatnya di Malaysia selepas kali pertama ia diperkenalkan di Gaikinda Indonesia International Auto Show pada Julai 2019.
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 03]()
Justeru dari sudut spesifikasi, ia bukannya satu rahsia. Ia menggunakan enjin bersesaran 149.3cc, Silinder Tunggal, Penyejuk Cecair, SOHC, 4 Lejang dan 2 Injap yang dipadankan dengan transmisi V-Matic automatik.
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 04]()
Dari sudut keselamatan, Honda ADV 150 didatangkan dengan kunci pintar Honda SMART Key, Signal Henti Kecemasan (ESS) manakala brek cakera depan turut memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan brek cakera di bahagian belakang.
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 05]()
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 06]()
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 07]()
Untuk keselesaan, ia menggunakan suspensi belakang dengan subtangki daripada Showa selain pelbagai lagi ciri-ciri lain seperti penggunaan lampu LED penuh selain panel meter LCD.
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 08]()
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 09]()
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 10]()
Antara yang menarik bagi ADV 150 ini adalah kapasiti minyak yang boleh memuatkan 8 liter selain mempunyai ruang simpanan bawah pelana sebesar 27.8 liter serta soket kuasa 12V bersama pelindung angin boleh laras.
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 11]()
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 12]()
![Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999 13]()
Tetapi paling menarik perhatian adalah harganya yang lebih murah daripada jangkaan iaitu RM11,999 dan ia boleh dibeli pusat jualan motosikal sah Honda seluruh negara.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen