window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran Honda ADV 150 di Malaysia 5 Februari ini!

Khairil ยท Feb 2, 2021 09:00 AM

Pelancaran Honda ADV 150 di Malaysia 5 Februari ini! 01

Selepas setahun setengah menunggu, Boon Siew Honda (BSH) akhirnya membawa masuk skuter ala 'Adventure' Honda ADV 150 ke Malaysia dengan pelancarannya dijadual 5 Februari ini.

Perkembangan menarik itu dikongsikan laman Facebook rasmi BSH, Honda Motorcycle Malaysia menerusi gambar acah yang cukup mirip bahagian dan lampu depan ADV 150.

Seperti pelancaran model Sportbike CBR250RR pertengahan bulan lalu, pelancaran ADV 150 turut berlangsung secara maya berikutan penularan wabak Covid-19.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelancaran Honda ADV 150 di Malaysia 5 Februari ini! 01

Pelancaran Honda ADV 150 di Malaysia 5 Februari ini! 02

Sebagai rekod, Indonesia menjadi destinasi pertama motosikal yang dilabel sebagai 'adik' X-ADV ini dilancarkan iaitu pada Julai 2019 diikuti beberapa negara Asean lain termasuk Thailand dan Filipina pada tahun sama.

Sekalipun tiba agak lewat dengan harga yang ditawarkan berkemungkinan tinggi, begitupun skuter yang mempunyai rekaan menarik dan sporty ini dijangka akan mendapat sambutan di negara ini.

Pelancaran Honda ADV 150 di Malaysia 5 Februari ini! 03

Berdasarkan perbandingan dengan harga ADV 150 di Thailand iaitu 98,900 THB (RM13,379), harga bagi motosikal berkenaan di Malaysia berkemungkinan lebih tinggi iaitu kira-kira RM15,000 ke RM16,000.

Melihat kepada spesifikasi ADV 150 pula, ia dikuasakan enjin eSP 149.3cc, SOHC, Penyejuk Cecair, PGM-FI yang dipadankan dengan transmisi V-Matic yang menghasilkan kuasa 14.5 Hp 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 6,500 rpm.

Pelancaran Honda ADV 150 di Malaysia 5 Februari ini! 04

Antara ciri-ciri menarik lain adalah kedua-dua brek cakera depan dan belakang dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) manakala suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber Showa dengan subtangki kembar di belakang.

Pelancaran Honda ADV 150 di Malaysia 5 Februari ini! 05

 

Seperti motorsikal moden lain, ia menggunakan teknologi LED penuh pada lampu utama, lampu siang (DRL), signal belok dan lampu belakang serta dilengkapkan dengan pengecas USB.

Selain itu, ia turut memiliki sistem yang kebiasannya ada pada motosikal berkuasa besar iaitu Signal Henti Kecemasan (ESS) yang berfungsi mengaktifkan kedua-dua lampu signal kecemasan apabila membrek dengan kuat.

Pelancaran Honda ADV 150 di Malaysia 5 Februari ini! 06

Ia turut dilengkapi dengan pelindung angin boleh laras dengan dua tetapan mengikut kesesuaian tunggangan manakala maklumat tunggangan dipaparkan pada kluster instrumen LCD penuh.

Diberi julukan SUV Bike (Motosikal Kenderaan Utiliti Sukan) di Thailand, ADV 150 menawarkan posisi tunggangan menegak kepada pemiliknya dengan bar hendal yang agak lebar.

Pelancaran Honda ADV 150 di Malaysia 5 Februari ini! 07

Melihat kepada ruangan komen di Facebook Honda Motorcycle Malaysia mengenai pelancarannya, pelbagai reaksi diberikan pengikut di laman berkenaan namun apa yang utama, ramai yang tidak sebar dengan kehadirannya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda