window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k!

Khairil ยท Dec 22, 2022 01:00 PM

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k! 01

Astra Honda Motor (AHM) mengumumkan kemas kini terbaharu untuk motosikal 'Adventure touring' aras mula popularnya, Honda CB150X (2023) di Indonesia yang tampil dengan perubahan kosmetik iaitu pilihan warna baharu.

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k! 02

Honda CB150X (2023) Sahara Matte Brown

Sebagai model yang dilancarkan secara 'premiere' genap setahun lalu, tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun spesifikasi dibuat oleh AHM untuk versi terbaharu Honda CB150X ini yang khabarnya menjadi antara model dinantikan di pasaran tempatan.

Juga baca: Bukan Honda Vario 160, tapi Honda CB150X 2022 muncul di GIIAS 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k! 01

Honda CB150X (2023) Sahara Matte Brown

Seperti versi terdahulu yang dilancarkan ketika GIIAS 2021 itu, Honda CB150X (2023) kekal dijual dalam dua varian iaitu Standard dan Special Edition (SE).

Pilihan warna dan harga adalah seperti berikut:

Honda CB150X (2023) Standard

  • Harga: Rp 33,660,000 (RM 9,583) Atas jalan (OTR) Jakarta
  • Pilihan warna: Mandala Red, Amazon Matte Green, Sahara Matte Brown (Baharu)

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k! 02

Honda CB150X (2023) SE

  • Harga: Rp 34,160,000 (RM 9,725) OTR Jakarta
  • Pilihan warna: Volcano Matte Black

Sebagai tambahan untuk pilihan warna, Sahara Matte Brown, pihak AHM turut menampilkan corak grafik yang yang bermotif 'Camouflage' bagi meningkatkan gaya ADV Touring itu.

Juga baca: Honda CB150X dah sampai Filipina, motosikal 'ADV' enjin 150 cc, harga asas RM 13.4k!

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k! 03

Di bahagian trenkuasa, Honda CBX150 (2023) ini dipadankan dengan enjin bersesaran 149.16 cc, 4 Lejang, 4 Injap, DOHC, Suntikan Bahan Api PGM-FI yang dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan klac manual.

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k! 04

Kuasa yang dihamburkan adalah pada angka 15.4 Hp pada 9,000 rpm dengan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm, angka yang dilihat mencukupi dalam kelasnya.

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k! 05

Mengulas bahagian komponen, AHM jelas tidak 'kedekut' menerusi penggunaan fork depan jenis terbalik (USD) Showa SFF-BP selain menggunakan bar hendal jenis 'tapered' yang sememangnya mantap digunakan untuk perjalanan jarak jauh.

Juga baca: Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia!

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k! 06

Dan sebagai jentera 'Adventure touring' yang cukup sesuai untuk kembara, Honda CB150X (2023) dilengkapi dengan tangki bahan api sebesar 12 liter dan visor angin tinggi.

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k! 07

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti penggunaan sistem lampu LED penuh, panel meter digital LCD, sistem brek cakera depan dan belakang (tiada ABS) dengan ketinggian pelana 817 mm.

AHM kemas kini penawaran Honda CB150X (2023), ada warna baharu, harga mula RM 9.5k! 08

Di pasaran tempatan, jika melihat kepada sambutan diterima 'abangnya' Honda CB500X, potensi yang ada pada Honda CB150X memang cukup besar dan persoalan 'datang atau tidak' hanya Boon Siew Honda (BSH) boleh menjawabnya.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda