window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Air + elektrik = jahanam? Volvo XC40 EV ini selamba je dipandu keluar lepas 'tenggelam'

Zamil Syaheer · Aug 4, 2021 10:00 AM

Air + elektrik = jahanam? Volvo XC40 EV ini selamba je dipandu keluar lepas 'tenggelam' 01

Air yang bercampur dengan elektrik boleh menghasilkan tindakbalas yang boleh membawa maut, lebih-lebih lagi jika anda pula yang secara tak sengaja menjadi konduktor. Oleh itu, secara amnya, ramai yang tahu bahawa air dan elektrik tidak boleh bercampur.

Ini adalah salah satu perkara yang membuatkan ramai tidak yakin dengan kenderaan elektrik (EV). Tetapi, tahukah anda kenderaan EV dapat melepasi paras air yang jauh lebih dalam daripada kereta dengan enjin petrol/diesel, dan tidak memerlukan jarak kelegaan yang tinggi?

Air + elektrik = jahanam? Volvo XC40 EV ini selamba je dipandu keluar lepas 'tenggelam' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ambil contoh Nissan Leaf – ia mempunyai tahap kedalaman sebanyak 700 mm, sama seperti Mitsubishi Triton mahupun Toyota Hilux!

Macam tak logik, kan? Dia macam ni - pek bateri dan semua komponen voltan tinggi ditutup dengan rapi pada kebanyakan kenderaan EV. Oleh itu, risiko-risiko yang biasanya boleh terjadi pada kereta biasa tidak boleh digunapakai pada kenderaan EV.

Air + elektrik = jahanam? Volvo XC40 EV ini selamba je dipandu keluar lepas 'tenggelam' 01

Namun begitu, sebilangan besar pengeluar kenderaan tidak mengesyorkan ini atas dasar tanggungjawab dan logik akal. Walaupun komponen-komponen elektrik ini ditutup rapi, masih ada risiko air banjir besar meresap dan merosakkan beberapa komponen lain.

Volvo cukup yakin tentang keselamatan kereta mereka dalam bab ini, dan untuk membuktikan dakwaan ini, mereka telah ‘merendam’ Volvo XC40 Recharge di bawah air dengan kedalaman 1.7 meter untuk jangka waktu yang tidak ditentukan.

Air + elektrik = jahanam? Volvo XC40 EV ini selamba je dipandu keluar lepas 'tenggelam' 02

Dalam video tersebut, anda boleh melihat beberapa ekor ikan di dalam tangki air tersebut untuk menunjukkan bahawa tidak ada kebocoran elektrik. Kesemua tingkap juga telah dibuka.

Air + elektrik = jahanam? Volvo XC40 EV ini selamba je dipandu keluar lepas 'tenggelam' 03

Setelah jumlah masa yang tidak ditentukan berlalu, XC40 Recharge tersebut telah dipandu keluar tanpa sebarang masalah langsung. Hebat!

Juga baca: Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k

Air + elektrik = jahanam? Volvo XC40 EV ini selamba je dipandu keluar lepas 'tenggelam' 04

Gempak kan? Bagi mana yang ada EV tu, jangan pula anda cari terdekat dan cuba aksi ini pula. Maklumlah ramai yang bosan masa PKP ni.

Juga baca: 5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volvo XC40 Recharge T5 R-Design

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda