window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Audi Malaysia umum kempen selepas jualan #AudiOnTheMove, turut meliputi model import parallel!

Haris Β· Apr 7, 2023 04:00 PM

Audi Malaysia umum kempen selepas jualan #AudiOnTheMove, turut meliputi model import parallel! 01

  • Tawaran eksklusif untuk kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas
  • Pemeriksaan kenderaan percuma di mana-mana Audi Centre
  • Pemeriksaan Kondisi Audi secara percuma untuk kenderaan Audi yang diimport secara parallel

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini melancarkan kempen selepas jualan #AudiOnTheMove bagi memastikan para pemilik Audi dapat menikmati pengalaman pemanduan yang tenang sepanjang musim perayaan ini.

Kempen #AudiOnTheMove memberi manfaat daripada dua programm - Pakej Pembaikan Audi untuk kenderaan berusia enam tahun dan ke atas, manakala Audi Plus pula bagi kenderaan 5 tahun dan ke atas.

Audi Malaysia umum kempen selepas jualan #AudiOnTheMove, turut meliputi model import parallel! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pakej Pembaikan Audi kini menawarkan diskaun sebanyak 30% ke atas beberapa alat ganti termasuklah set brek, penyerap hentak, bearing dan tali sawat pemasaan.

Audi Plus pula menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk tiga servis pakej penyelenggaraan yang seterusnya.

Tawaran ini sah dalam tempoh 3 tahun selepas pendaftaran.

Audi Malaysia umum kempen selepas jualan #AudiOnTheMove, turut meliputi model import parallel! 01

Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan menerima sokongan Bantuan Tepi Jalan Audi di seluruh negara sehingga 12 bulan dari tarikh penebusan baucar. Sebagai tambahan, bermula 1 April hingga 30 Jun, pemilik Audi yang berbelanja RM800 ke
atas mana-mana pakej berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Audi.

Sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Audi Malaysia kini menawarkan pemeriksaan percuma ke atas kenderaan pemilik. Sekiranya ia memerlukan pembaikan, pemilik tidak perlu bimbang kerana hanya alat ganti tulen sahaja yang akan digunakan.

Audi Malaysia umum kempen selepas jualan #AudiOnTheMove, turut meliputi model import parallel! 02

Kempen ini juga terbuka kepada mana-mana kenderaan Audi yang dibeli melalui pengimport parallel yang perlu menjalani Pemeriksaan Kondisi Audi (Audi Condition Check, ACC) untuk memastikan ia boleh diservis.

β€œMenerusi kempen #AudiOnTheMove, kami harap dapat menggalakkan pemilik kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas untuk mengutamakan aspek penyelenggaraan Audi mereka.

"Kami faham bahawa menyelenggara kereta anda boleh jadi mahal dan memakan masa, jadi kami mahu memudahkannya terutama sewaktu sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba,” kata Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter.

Maklumat lanjut mengenai kempen #AudiOnTheMove, sila layari laman web www.audi.com.my atau hubungi Audi Centre untuk membuat temu janji.

Baca: Isu beg udara Takata, Audi Malaysia 'recall' 2,767 pemilik A4, A5, Q5 & TT model 2008-2017

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Audi e-tron Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda