window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bayaran keluar masuk Brunei 3 BND setiap satu bermula 1 Ogos 2020

Mersita · Jul 9, 2020 03:30 PM

Bayaran keluar masuk Brunei 3 BND setiap satu bermula 1 Ogos 2020 01

Dalam satu siaran akhbar yang tular di media sosial dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi Negara Brunei Darussalam, Pelaksanaan Perintah Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk tahun 2020 akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2020.

Dalam kenyataan tersebut, caj akan dikenakan keatas setiap orang yang akan keluar dari atau masuk ke Brunei melalui pos-pos kawalan darat. Caj ini akan dikenakan kepada “semua warganegara termasuk warganegara Brunei Darussalam” yang hendak keluar atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat samada menggunakan kenderaan atau berjalan kaki. Kadar yang dikenakan adalah BND 3 seorang bagi setiap satu hala perjalanan.

Bayaran keluar masuk Brunei 3 BND setiap satu bermula 1 Ogos 2020 02

Sumber: Brunei Dot Com

Ini bermaksud mereka yang hendak keluar dan masuk ke Brunei, contohnya dari Miri, Sarawak, akan dikenakan BND 6 setiap seorang. Pengecualian hanya diberi kepada mereka yang mempunyai tujuan rasmi seperti kenderaan bagi tujuan kebakaran, ambulan dan polis serta kenderaan bagi tujuan pengebumian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pembayaran cas ini akan dibuat secara atas-talian. Buat masa ini, rakyat Malaysia yang ingin membuat perjalanan masuk dan keluar dari Brunei terpaksa memohon terlebih dahulu. Tukaran matawang BND - MYR bersamaan BND 3 = RM 9.21. Pelaksanaan ini dijangka akan membebankan rakyat Malaysia yang terpaksa berulang-alik antara Miri, Limbang dan Lawas. Setakat ini, belum ada perkembangan lagi berkaitan isu ini.

Bayaran keluar masuk Brunei 3 BND setiap satu bermula 1 Ogos 2020 01

Kalau anda nak tahu, perjalanan dari Miri (Sarawak) ke Lawas (Sarawak) terpaksa melintasi 4 ‘checkpoint’ keluar masuk negara iaitu di Sg. Tujoh (Miri, Sarawak – Kuala Belait, Brunei), Kuala Lurah (Brunei – Limbang, Sarawak), Hujong Jalan (Limbang – Brunei) dan akhir sekali Labu (Brunei – Lawas, Sarawak).

4 ‘checkpoint’, 4 kali caj BND 3? Barangkali perintah ini boleh diperhalusi lagi di masa hadapan. Bagi yang memandu di Sarawak atau Sabah, sila ambil perhatian (dan kalkulator).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda