window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Belum pasti, tapi SIC optimis GP Malaysia 2021 berjalan seperti dijadual!

Khairil ยท Apr 9, 2021 06:00 PM

Belum pasti, tapi SIC optimis GP Malaysia 2021 berjalan seperti dijadual! 01

Pasti ramai peminat merindukan bunyi deruman enjin jentera MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas perlumbaan berprestij itu dibatalkan tahun lalu susulan penularan pandemik Covid-19.

Sekalipun masih berbaki hampir tujuh bulan sebelum tarikh penganjuran GP Malaysia 2021 itu yang dijadual pada Oktober ini berlangsung, tetap timbul kebimbangan adakah situasi sama bakal berulang.

Belum pasti, tapi SIC optimis GP Malaysia 2021 berjalan seperti dijadual! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam satu temuramah bersama media sempena setahun memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif SIC semalam, Azhan Shafriman Hanif berkata pihaknya bukan saja berharap, malah optimis perlumbaan itu akan berjalan seperti dijadualkan.

Belum pasti, tapi SIC optimis GP Malaysia 2021 berjalan seperti dijadual! 01

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif 

Begitupun, ia perlulah berserta dengan syarat dan perlaksanaa prosedur operasi standard (SOP) yang ketat agar impian itu dapat direalisasikan.

"Masih terlalu awal untuk saya menyatakan dengan lebih mendalam mengenai perancangan kami mengenai MotoGP pada tahun ini. Tetapi InsyaAllah kita akan berbincang dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Majlis Keselamatan Negara (MKN) (Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta semua pihak terlibat untuk menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sekiranya kerajaan membenarkan perlumbaan MotoGP dianjurkan pada Oktober nanti," kata Shafriman.

Belum pasti, tapi SIC optimis GP Malaysia 2021 berjalan seperti dijadual! 02

Mengulas lanjut, beliau mengakui agak berdebar mengenai perkara berkenaan namun masih optimis.

"Disebabkan olah pandemik, tiada kejohanan antarabangsa dapat dianjurkan di Malaysia yang berkaitan dengan sukan pada tahun ini jadi saya berharap yang agar kami dapat menganjurkan MotoGP di Malaysia pada tahun ini dengan jayanya.

Memetik laporan NST, Shafriman mengakui protokol yang sama digunakan oleh penganjur MotoGP pada pusingan pertama MotoGP di Qatar boleh digunapakai di Malaysia.

Belum pasti, tapi SIC optimis GP Malaysia 2021 berjalan seperti dijadual! 03

"Jika kita boleh mengaplikasi protokol dan SOP yang sama seperti di sana, saya cukup yakin yang kita mampu untuk menganjurkan MotoGP di sini pada tahun ini."

Belum pasti, tapi SIC optimis GP Malaysia 2021 berjalan seperti dijadual! 04

GP Qatar yang berlangsung dalam SOP gelembung sukan. Sumber imej: Facebook MotoGP

Sementara itu, Azhan Shafriman berkata lebih 80 peratus pembeli tiket perlumbaan musim lepas diberikan pilihan sama ada untuk membuat penebusan semula atau menggunakannya bagi saingan musim ini.

Belum pasti, tapi SIC optimis GP Malaysia 2021 berjalan seperti dijadual! 05

Datuk Razlan Razali

Sebagai info, Shafriman dilantik sebagai CEO SIC menggantikan Datuk Razlan Razali yang diberi tanggungjawab sebagai Prinsipal Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT).

Sebelum ini, berikutan peningkatan kes yang mendadak pada awal tahun, penganjur MotoGP membatalkan siri ujian pra-musim yang dijadual lebih awal dengan mengikut kalendar perlumbaan,  GP Malaysia dijadual berlangsung dari 29 hingga 31 Oktober ini.

Sumber imej: Facebook Sepang Circuit

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda