window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 740 Le xDrive M Sport G12 2021 dilancarkan di Malaysia – dari RM 624k, spec sama, kosmetik berbeza!

Faisal · May 7, 2021 03:00 PM

BMW 740 Le xDrive M Sport G12 2021 dilancarkan di Malaysia – dari RM 624k, spec sama, kosmetik berbeza! 01

BMW Malaysia baru sahaja melancarkan BMW 740 Le xDrive M Sport sebentar tadi. Sedan teratas dalam portfolio BMW ini tampil dengan varian baru iaitu M Sport. Dengan harga RM 591,503 tanpa cukai SST, varian M Sport ini hampir RM 23,000 lebih mahal daripada 7 Series Design Pure Excellence yang ada selama ini.

BMW 740 Le xDrive M Sport G12 2021 dilancarkan di Malaysia – dari RM 624k, spec sama, kosmetik berbeza! 02

Tetapi perlu dimaklumkan bahawa setelah pengecualian cukai SST tamat pada 30 Jun ini, harganya dijangka naik ke RM 623,800.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaPengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021

BMW 740 Le xDrive M Sport G12 2021 dilancarkan di Malaysia – dari RM 624k, spec sama, kosmetik berbeza! 01

Walau bagaimanapun, perbezaan diantara mereka hanyalah pada kosmetik sahaja. Pada bahagian luar, 7 Series M Sport tampil dengan pakej M Sport Aerodynamic yang mana ia memperlihatkan kemasan trim Individual High-gloss Shadow Line serta skirting dan bampar yang lebih agresif.

BMW 740 Le xDrive M Sport G12 2021 dilancarkan di Malaysia – dari RM 624k, spec sama, kosmetik berbeza! 02

Selain itu, ia hadir dengan roda dwi-tona 19 inci jenis 647 M. Varian ini juga didatangkan eksklusif dengan brek M Sport.

BMW 740 Le xDrive M Sport G12 2021 dilancarkan di Malaysia – dari RM 624k, spec sama, kosmetik berbeza! 03

Pada bahagian dalam pula, varian baru ini tampil dengan roda stereng M Sport. Unik untuk 7 Series M Sport juga ialah trim Fine Line Black serta kemasan besi dengan kayu berkilat.

BMW 740 Le xDrive M Sport G12 2021 dilancarkan di Malaysia – dari RM 624k, spec sama, kosmetik berbeza! 04

Dari segi trenkuasa, kelengkapan, dan ciri keselamatan, spesifikasi 7 Series M Sport kekal sama seperti Design Pure Excellence.

BMW 740 Le xDrive M Sport G12 2021 dilancarkan di Malaysia – dari RM 624k, spec sama, kosmetik berbeza! 05

Malah, ia turut hadir dengan Parking Assistant Plus dan kamera Surround View yang mana ia mula didatangkan pada BMW 740 Le xDrive Design Pure Excellence sejak Jun tahun lepas.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW 7 Series 740Le xDrive M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda