window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW: EV sahaja bermaksud hanya yang kaya dapat beli, tak yakin enjin pembakaran dalaman patut ditamat

Faisal · Oct 31, 2022 07:00 PM

BMW: EV sahaja bermaksud hanya yang kaya dapat beli, tak yakin enjin pembakaran dalaman patut ditamat 01

Menurut CEO BMW Group, Oliver Zipse, tindakan pelbagai kerajaan dan badan berkuasa untuk menggugurkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) akan menganggu kestabilan ekonomi di mana hanya yang kaya sahaja mampu membeli kereta.

Untuk makluman anda, Amerika bakal mengumumkan pelaburan 1.7 bilion USD untuk BMW bagi membina sekurang-kurangnya 6 model EV menjelang 2030. Apapun, Zipse mengulas dengan berkata, “Kami tidak mahu segmen bawah ditindas. Kalau pemilikan kereta hanya untuk orang kaya, akan ada ketidakseimbangan akan berlaku”.

BMW: EV sahaja bermaksud hanya yang kaya dapat beli, tak yakin enjin pembakaran dalaman patut ditamat 02

Hab BMW siri X di Spartanburg, tidak lama lagi akan menjadi hab model EV BMW sekali.

Menurut beliau, mengesahkan tarikh untuk menamatkan jualan kereta berenjin akan menyebabkan orang kekal memandu kereta lama mereka. Itu bukan apa yang BMW mahu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Zipse percaya bahawa BMW akan terus setia menawarkan pilihan kepada pelanggan mereka. Malah, beliau berpendapat bahawa pembangunan revolusi EV tidak patut dibentuk oleh undang-undang kerajaan.

Ulasnya lagi, “Lagipun, ini negara bebas, kami sepatutnya diberi pilihan, bukannya had kehidupan. Kereta takkan pupus hanya disebabkan oleh undang-undang”.

BMW: EV sahaja bermaksud hanya yang kaya dapat beli, tak yakin enjin pembakaran dalaman patut ditamat 01

BMW yang menggunakan trenkuasa Toyota.

Untuk pengetahuan anda, CEO Renault, Luca de Meo juga memberitahu bahawa jangkaan pakar EV yang mengatakan bahawa harganya semakin menurun dan makin sama dengan kereta berenjin adalah tidak benar.

Menariknya, beliau turut berpendapat bahawa EV ‘atasan’ yang datang dengan kapasiti bateri besar tidak elok langsung untuk alam sekitar.

BMW: EV sahaja bermaksud hanya yang kaya dapat beli, tak yakin enjin pembakaran dalaman patut ditamat 02

Bagi anda yang belum tahu, minggu lepas, media Eropah dari Automotive News melaporkan bahawa Ford akan menamatkan produksi Fiesta pada pertengahan 2023 iaitu setahun dari pelan asal kerana ia tidak lagi berbaloi untuk dilaborkan dalam teknologi mahal bagi mengurangkan lagi kadar pelepasan karbon.

Kalau anda nak tahu, kereja bajet paling popular di Eropah ini bakal diganti dengan EV Volkswagen. Model yang dimaksudkan pula mungkin sebuah VW ID.4 tetapi dengan reka bentuk Ford.

EV buatan China murah kan?

BMW: EV sahaja bermaksud hanya yang kaya dapat beli, tak yakin enjin pembakaran dalaman patut ditamat 03

Kalau anda terfikir EV buatan China yang murah seperti Wuling Mini EV pula, ada sebab kenapa ia hanya ada di pasaran sana. Selain tidak mencapai standard keselamatan antarabangsa UNECE, harganya juga tidak murah seperti yang disangka.

Sebagai perbandingan, harga Wuling Air di Indonesia sendiri dijual lagi mahal daripada Daihatsu Sirion (Perodua Myvi mereka) walaupun dipasang di sana dan ada pelbagai insentif cukai.

Jadi, inilah sebabnya kenapa CEO BMW dan Renault bersuara mengenai politik dan isu dalaman EV seperti ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia