window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Malaysia memperkenalkan M2 2023 (G87) - anggaran harga dari RM 599k, ada varian Pro Package

Faisal Β· Jan 18, 2023 12:00 PM

BMW Malaysia memperkenalkan M2 2023 (G87) - anggaran harga dari RM 599k, ada varian Pro Package 01

BMW Malaysia sebentar tadi telah memperkenalkan BMW M2 2023 serba baharu yang dikenal sebagai generasi G87. Coupe berprestasi tinggi ini ditawarkan dengan varian biasa dan Pro Package, masing-masing pada anggaran harga RM 598,800 dan RM 642,800 (di atas jalan, tanpa insurans, termasuk pakej waranti 5 tahun dan servis lanjutan).

BMW Malaysia memperkenalkan M2 2023 (G87) - anggaran harga dari RM 599k, ada varian Pro Package 02

Dari segi eksterior, BMW M2 generasi baharu ini lengkap dengan roda 19 inci 930 M dwi-tona pada bahagian depan tetapi bahagian belakangnya datang dengan saiz 20 inci. Eksklusif untuk Pro Package pula adalah M Compound Brake dengan kaliper brek 6 injap berwarna Red High-Gloss serta kemasan jejari kembar pada rim sama. Rim pada varian ini didatangkan khas dengan warna hitam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW Malaysia memperkenalkan M2 2023 (G87) - anggaran harga dari RM 599k, ada varian Pro Package 01

Bercakap mengenai Pro Package, sentuhan trim hitam kilatnya lebih menyeluruh dan terdapat ciri bumbung karbon dan lampu bergrafik gelap.

BMW Malaysia memperkenalkan M2 2023 (G87) - anggaran harga dari RM 599k, ada varian Pro Package 02

Pada bahagian dalam pula, jentera ini hadir dengan skrin digital melengkung BMW Curved Display (12.3 inci kluster/14.9 inci infotainment) yang ada paparan M. Sebagai model berprestasi tinggi, kabin BMW M2 G87 menampilkan pelbagai sentuhan M, terutama pada roda stereng yang ada butang M1 & M2 dan tempat duduk sukan yang ada sentuhan logo M yang menyala. Istimewa untuk M2 Pro Package adalah trim gentian karbon dan tali pinggang M.

BMW Malaysia memperkenalkan M2 2023 (G87) - anggaran harga dari RM 599k, ada varian Pro Package 03

Secara standard, kabin BMW M2 baharu lengkap dengan lampu ambient light, penyaman udara 3-zon dan pengecas nirwayar. Varian Pro Package pula menambah sistem audio Harman Kardon.

BMW Malaysia memperkenalkan M2 2023 (G87) - anggaran harga dari RM 599k, ada varian Pro Package 04

Dari segi teknikal, BMW M2 G87 dikuasakan oleh enjin 3.0L turbo-kembar 6 silinder sebaris yang menghembuskan 449 PS dan 550 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda belakang dengan bantuan Active M Differential melalui transmisi automatik 8 kelajuan sport dan pecutan 0 – 100 km/j hanya mengambil masa 4.1 saat. Untuk makluman anda, kelajuan maksimumnya dihadkan pada 250 km/j tetapi pemilik boleh menambah M Driver’s Package untuk meningkatkan hadnya kepada 285 km/j.

BMW Malaysia memperkenalkan M2 2023 (G87) - anggaran harga dari RM 599k, ada varian Pro Package 05

Bercakap mengenai pemanduan, sistem gantungan BMW M2 menggunakan suspensi M adaptif.

Untuk aspek keselamatan pula, kedua-dua BMW M2 lengkap dengan pakej Driving Assistant yang merangkumi ciri:

  • Lane Departure Warning
  • Lane Change Warning
  • Front Collision Warning dengan bantuan brek
  • Rear Crossing Traffic Warning
  • Rear Collision Prevention
  • Parking Assistant

BMW Malaysia memperkenalkan M2 2023 (G87) - anggaran harga dari RM 599k, ada varian Pro Package 06

Secara amnya, pembeli BMW M2 baharu ditawarkan dengan pilihan warna Zandvoort Blue, Alpine White, Brooklyn Grey, Black Sapphire dan Toronto Red. Bahagian interior pula boleh dipilih melalui warna hitam sahaja, hitam dengan jahitan biru atau pilihan coklat dengan jahitan kontra.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW M2 Coupe Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda