window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW R 1250 GS milik UTK, memang padu dan menggerunkan!

Khairil ยท Feb 13, 2021 10:00 AM

BMW R 1250 GS milik UTK, memang padu dan menggerunkan! 01

Tiada keraguan, jentera BMW R 1250 GS sememangnya 'abang besar' dalam segmen motosikal 'Adventure' dan berikutan itu, ia menjadi pilihan kepada Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebagai informasi, UTK baru-baru ini menambah asetnya bagi menangani ancaman pengganas terutama di kawasan Lembah Klang dengan pembelian 24 unit jentera hebat berkenaan.

BMW R 1250 GS milik UTK, memang padu dan menggerunkan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbalik kepada BMW R 1250 GS, berikutan kemampuan dan ketahanan hebatnya selain jenama BMW Motorrad itu sendiri, ia menjadi pilihan kepada penggemar motosikal lasak di seluruh dunia.

BMW R 1250 GS milik UTK, memang padu dan menggerunkan! 01

Menggunakan enjin boxer bersesaran 1,254 cc yang dinaiktaraf oleh BMW Motorrad, BMW R 1250 GS menjana kuasa setinggi 136 Hp pada 7,750 rpm dan tork 109 Nm pada 6,250 rpm.

BMW R 1250 GS milik UTK, memang padu dan menggerunkan! 02

Penggunaan sistem Shiftcam yang menghubungkan aci beban secara separuh dan sepenuhnya bagi membantu mengubah bukaan injap untuk mengoptimumkan output menyaksikan enjinnya kini lebih sejuk, lebih penjimatan bahan api dan pengurangan emisi.

Antara ciri canggih lain adalah ia mempunyai Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan Bantuan Mula Daki (HSA) sebagai standard dan turut didatangkan dengan tiga pilihan mod tunggangan Riding Modes Pro iaitu Dynamic Pro, Enduro dan Enduro Pro.

BMW R 1250 GS milik UTK, memang padu dan menggerunkan! 03

Selain itu, antara ciri standard baharu jentera ini adalah fungsi penyambungan menerusi BMW Motorrad Multi-Controller yang membolehkan fungsi motosikal ini diakses menerusi Bluetooth beserta dengan paparan panel instrumen digital skrin warna 6.5 inci.

BMW R 1250 GS milik UTK, memang padu dan menggerunkan! 04

Bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatannya, ia didatangkan dengan Kawalan Brek Dinamik (DBC) yang bertindak mengehadkan pecutan jentera itu daripada terus memecut ketika terjadinya situasi brek kecemasan.

Justeru, BMW R 1250 GS sememangnya mempunyai apa yang diperlukan untuk melakukan tugasnya dengan lancar tanpa mengira apa juga jenis permukaan jalan.

BMW R 1250 GS milik UTK, memang padu dan menggerunkan! 05

Begitupun, apa yang kami dapat kongsikan adalah spesifikasi standard bagi BMW R 1250 GS dan untuk 24 unit milik UTK, motosikal itu pastinya sudah menjalani naik taraf atau modifikasi yang sesuai bagi kegunaan pasukan berkenaan.

BMW R 1250 GS milik UTK, memang padu dan menggerunkan! 06

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda