window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BOCOR: Haval H6 Coupe 2021, apabila Haval H6 tak cukup sporty

Faisal ยท Jun 21, 2021 07:30 PM

BOCOR: Haval H6 Coupe 2021, apabila Haval H6 tak cukup sporty 01

SUV coupe cukup sinonim dengan jenama Geely. Tetapi kini, Haval juga berminat untuk menghasilkan karya mereka sendiri. Apa yang kami maksudkan di sini ialah Haval H6 Coupe yang bakal dirasmikan tidak lama lagi.

BOCOR: Haval H6 Coupe 2021, apabila Haval H6 tak cukup sporty 02

Kalau anda lihat, lampu depannya serupa dengan Haval H6 tetapi wajahnya sendiri nampak berbeza melalui bampar yang baru dan logo Haval yang tampil asing dari bahagian gril.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BOCOR: Haval H6 Coupe 2021, apabila Haval H6 tak cukup sporty 01

Bahagian belakangnya pula menonjol dengan imej yang serba baru. Antara elemen yang dapat dilihat ialah lampu LED yang berasingan. Ia hanya disambungkan dengan trim ala gentian karbon. Sebagai perbandingan, lampu belakang pada Haval H6 disambungkan dengan nyalaan lampu yang melintang.

Visual belakang pada Haval H6 Coupe juga memperlihatkan tulisan Haval yang besar serta kit badan dan spoiler yang begitu ranggi.

BOCOR: Haval H6 Coupe 2021, apabila Haval H6 tak cukup sporty 02

Tidak cukup dengan itu, Haval H6 Coupe boleh didatangkan dengan trim berwarna menyerlah yang terdiri dari pilihan warna hijau neon, kuning cerah, dan juga oren. Apapun, pilihan trim berwarna hitam masih ada untuk mereka yang tidak mahu menonjol di khalayak ramai.

BOCOR: Haval H6 Coupe 2021, apabila Haval H6 tak cukup sporty 03

Enjin turbo pada Haval H6.

Dari segi trenkuasa, Haval H6 Coupe dikhabarkan hadir dengan enjin hibrid 1.5L turbo (154 PS) yang dibantu oleh motor elektrik. Maklumat awal turut mendedahkan penggunaan minyak serendah 4.9 liter/100 km.

Ada peluang untuk masuk Malaysia?

BOCOR: Haval H6 Coupe 2021, apabila Haval H6 tak cukup sporty 04

Haval H6 spec Thailand yang mungkin sama dengan spec Malaysia kelak.

Walaupun Haval H6 hangat diperkatakan, peluang untuk Haval H6 Coupe beransur di tanah air sebenarnya agak tipis.

Tetapi usah kecewa. Beberapa model Haval yang lain telahpun digosipkan untuk tembus pasaran kita. Antaranya seperti SUV Haval First Love dan trak pikap GWM Pao.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda