window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bos NTS RW Racing GP mohon maaf kepada Hafizh Syahrin, janji bangkit aksi berikutnya!

Khairil ยท Apr 1, 2021 10:00 AM

Bos NTS RW Racing GP mohon maaf kepada Hafizh Syahrin, janji bangkit aksi berikutnya! 01

Susulan kegagalan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk menghabiskan perlumbaan Moto2 di GP Qatar minggu lalu, bos pasukan RW Racing GP, Jarno Janssen 'menyusun 10 jari' memohon maaf kepada pelumbanya itu.

Ini kali pertama Hafizh, yang pernah berlumba dalam kelas utama, MotoGP beraksi bersama pasukan RW Racing GP yang menggunakan casis NTS pada perlumbaan berkenaan.

Bos NTS RW Racing GP mohon maaf kepada Hafizh Syahrin, janji bangkit aksi berikutnya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, selepas mengharungi 11 pusingan, pelumba kelahiran Ampang itu terpaksa memasuki pit perlumbaan akibat masalah yang dihadapi oleh jenteranya.

"Bagi kami, perlumbaan kali ini tidak memberikan apa yang kami jangkakan. Sejak dari awal perlumbaan, kami ketinggalan jauh dengan kumpulan pelumba di depan," kata Janssen yang turut kehilangan seorang pelumba, Barry Baltus akibat kecederaan ketika sesi kelayakan.

Bos NTS RW Racing GP mohon maaf kepada Hafizh Syahrin, janji bangkit aksi berikutnya! 01

"Jelas perlumbaan itu akan menjadi amat sukar. Pada akhirnya, kami terpaksa untuk menarik diri berikutan masalah teknikal. Sesuatu yang sepatutnya tidak patut berlaku tetapi malangnya ia tetap berlaku dari sudut teknikal seperti yang terjadi kepada kami.

"Kami kini perlu mencari punca masalah supaya kami boleh kembali dengan lebih bersedia dan sedia untuk bersaing.

Bos NTS RW Racing GP mohon maaf kepada Hafizh Syahrin, janji bangkit aksi berikutnya! 02

"Secara peribadi, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keseluruhan pasukan atas usaha keras mereka dan meminta maaf kepada Hafizh. Minggu depan (minggu ini), kami akan kembali lebih kuat.

Hafizh dalam pada itu turut memohon maaf kepada penaja dan peminatnya terutama di Malaysia kerana penampilan sulungnya bersama pasukan itu tidak begitu menjadi.

Bos NTS RW Racing GP mohon maaf kepada Hafizh Syahrin, janji bangkit aksi berikutnya! 03

"Sejak dari awal perlumbaan saya bergelut dengan kestabilan jentera di bahagian kiri," kata Hafizh. "Di pertengahan perlumbaan, saya terpaksa menamatkan perlumbaan berikutan isu teknikal.

"Ia amat mengecewakan, tetapi suasana dalam pasukan adalah baik dan kami bekerja dengan keras untuk membuat peningkatan.

Bos NTS RW Racing GP mohon maaf kepada Hafizh Syahrin, janji bangkit aksi berikutnya! 04

"Kami akan mengetahui dengan lebih baik mengenai jentera ini pada minggu depan (ini). Ketika ini, saya ingin memohon maaf kepada semua penaja dan peminat. Di GP Doha, kami akan mendapatkan keputusan yang lebih baik."

Sebagai info, perlumbaan pusingan kedua Moto2, GP Doha akan berlangsung di litar sama, Litar Antarabangsa Losail pada hujung minggu ini.

Sumber imej: RW Racing GP

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda