window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal!

Khairil · Mar 14, 2022 06:30 PM

BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal! 01

Boon Siew Honda (BSH) baru-baru ini memaparkan senarai harga terkini untuk barisan model motosikal bawah jenama itu di Malaysia dengan beberapa model dilihat mengalami peningkatan dan ada yang kekal.

Antara model yang mengalami peningkatan harga cukup ketara adalah penawaran terbaharu dalam segmen 'Super moped' iaitu Honda RS-X.

Juga baca: Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal! 01

Begitupun, peningkatan itu sudah pun dijangka kerana model berkenaan dilancarkan ketika negara masih menjalankan program pengecualian duti eksais 100 peratus untuk motosikal pemasangan tempatan bawah 150 cc yang berakhir 31 Disember 2021.

BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal! 02

Dilancarkan pada harga asas RM 8,688 pada November tahun lalu, harga asas terbaharu untuk Honda RS-X adalah RM 9,550.

BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal! 03

Untuk satu lagi model 'Super moped', Honda RS150R, harga jualan yang disyorkan adalah RM 8,299 mengikuti kemas kini terbaharu yang dilakukan kepada model berkenaan, baru-baru ini.

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal! 04

Honda RS150R V2 selepas pelancaran Honda RS-X mengalami penurunan harga yang agak ketara di pasaran dengan ada pengedar meletakkan harga di bawah RM 8k (harga atas jalan).

BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal! 05

Jika melihat kepada impak pengecualian duti eksais 100 peratus yang berakhir 31 Disember 2021 lalu, rata-rata motosikal bawah 150 cc mengalami penurunan harga termasuk skuter popular, Honda ADV 150.

BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal! 06

Dilancarkan pada Februari tahun lalu pada harga RM 11,999, begitupun tiada peningkatan harga untuk model berkenaan diumumkan oleh BSH pada tahun ini. Turut kekal adalah satu lagi model skuter popular, Honda Vario 150.

BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal! 07

Untuk model 'rakyat' seperti Wave Alpha, harga yang ditawarkan juga kekal seperti sebelum pengecualian duti eksais 100 peratus namun untuk Honda EX5 Edisi Instimewa, berlaku sedikit peningkatan susulan pelancaran versi terbaharu 2022.

BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal! 08

Seperti kebiasaan, harga yang dikongsikan adalah asas dan disyorkan serta tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Juga baca: Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda