window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BYD Atto 3 dilancarkan di Thailand - dari RM 146k, jarak gerak 420km, ke Malaysia tahun depan?

Haris · Oct 13, 2022 06:00 PM

BYD Atto 3 dilancarkan di Thailand - dari RM 146k, jarak gerak 420km, ke Malaysia tahun depan? 01

  • Ditawarkan dalam satu versi - bateri 60.48 kWj
  • Motor dipasang di hadapan dengan 204 PS/310 Nm, jarak 420 km
  • Harga bersamaan RM 146k

Rêver Automotive, pengedar sah jenama BYD di Thailand telah melancarkan BYD Atto 3, berharga THB 1,199,900 (sekitar RM 146k) sebagai model pertama kenderaan elektrik BYD di sana.

BYD Atto 3 dilancarkan di Thailand - dari RM 146k, jarak gerak 420km, ke Malaysia tahun depan? 02

Turut ditawarkan di Australia sebelum ini, BYD Atto 3 ditawarkan hanya dalam varian Extended Range untuk Thailand, dengan kapasiti bateri 60.48 kWj memberikan jarak gerak mengikut ujian kitaran WLTP sehingga 420 km.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Motor elektrik yang dipasang di hadapan membekalkan 204 PS/310 Nm, cukup untuk memecut BYD Atto 3 dari 0-100 km/j dalam 7.3 saat.

BYD Atto 3 dilancarkan di Thailand - dari RM 146k, jarak gerak 420km, ke Malaysia tahun depan? 01

BYD Atto 3 memandu pada rim 18-inci dengan profil 215/55, manakala susunan suspensi menggunakan MacPherson Strut di hadapan, manakala Multilink menggalas tugas suspensi di belakang.

BYD Atto 3 dilancarkan di Thailand - dari RM 146k, jarak gerak 420km, ke Malaysia tahun depan? 02

Bagi tugas pengecasan, ia menggunakan pengecas Type 2 untuk pengecasan AC (sehingga 6.6 kW) dan pengecas pantas DC - CCS 2 pada 80kW. Ia juga mempunyai fungsi Vehicle to Load (V2L) yang membekalkan sehingga 2.2 kW untuk perkakasan kecil seperti vakum misalnya.

Baca: Berharga dari RM 199.9k, Hyundai Ioniq 5 dilancarkan di Malaysia: jarak sehingga 430km, fungsi V2L ala "powerbank", 3 varian

BYD Atto 3 dilancarkan di Thailand - dari RM 146k, jarak gerak 420km, ke Malaysia tahun depan? 03

Di bahagian dalam, terdapat paparan infotainment boleh putar 12.8 inci yang menyokong Apple CarPlay/Android Auto nirwayar (tersedia pada suku ke-4 2022), bumbung suria panoramik, lampu ambien dan pad pengecas tanpa wayar.

BYD Atto 3 dilancarkan di Thailand - dari RM 146k, jarak gerak 420km, ke Malaysia tahun depan? 04

Dari segi keselamatan, BYD Atto 3 menawarkan beberapa kelengkapan antaranya:

  • Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop and Go (ACC-S&G)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Rear Cross Traffic Brake (RCTB)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Kamera pandangan 360-darjah

BYD Atto 3 dilancarkan di Thailand - dari RM 146k, jarak gerak 420km, ke Malaysia tahun depan? 05

Berdasarkan perbandingan harga di Australia, BYD Atto 3 bermula dari AUD 44,990 (sekitar RM 131k, semasa penulisan) untuk Standard Range manakala varian Extended Range berharga AUD 47,990 (sekitar RM 141k, pada masa penulisan).

BYD Atto 3 dilancarkan di Thailand - dari RM 146k, jarak gerak 420km, ke Malaysia tahun depan? 06

Bagi Malaysia, pengumuman perjanjian pengedaran antara BYD dan Sime Darby Motors telah mengesahkan pelancaran dua model BYD EV, BYD Atto 3 dan BYD e6 ke pasaran domestik kita.

Adakah anda berminat dengan kereta elektrik (EV) terlaris di China ini?

Baca juga:

BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan?

EV termurah di Malaysia? MPV BYD e6 bakal tiba & ini segala apa yang anda patut tahu

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BYD ATTO 3 Standard Range

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia