window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cadangan bernas tentang hukuman pemandu mabuk oleh pendengar radio bahasa Cina

Haris ยท Jun 3, 2020 03:00 PM

Cadangan bernas tentang hukuman pemandu mabuk oleh pendengar radio bahasa Cina 01

Baru-baru ini terdapat banyak kes pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kematian. Pelbagai hujah telah dibangkitkan netizen dalam isu pemandu mabuk ini. Kementerian Pengangkutan Jalanraya pula mengambil langkah untuk meminda semula Akta 333 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh hal yang demikian, sebuah stesen radio tempatan berbahasa Cina mengajak pendengar mereka untuk mengutarakan pandangan mengenai hukuman yang lebih sesuai bagi mengelakkan tragedi sebegini berulang kembali.

Cadangan bernas tentang hukuman pemandu mabuk oleh pendengar radio bahasa Cina 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara tuntasnya, kesemua pendengar bersetuju bahawa hukuman yang lebih berat seharusnya dikenakan terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Lebih menarik lagi, seorang pendengar berkongsi pendapat bahawa Malaysia sepatutnya mengikut negara China dalam pelaksanaan hukuman terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Cadangan bernas tentang hukuman pemandu mabuk oleh pendengar radio bahasa Cina 01

Di China, pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol serta menyebabkan kematian, pemandu tersebut hendaklah menanggung kesemua tanggungan si mati. Ini termasuklah keseluruhan perbelanjaan keluarga sehinggalah ke perbelanjaan pendidikan anak si mati.

China juga melaksanakan hukuman yang ketat dengan menggantung lesen pemandu yang didapati bersalah dalam jangka masa yang panjang. Kadar alkohol yang dibenarkan pula sangat rendah iaitu dibawah 0.5 peratus.

Cadangan bernas tentang hukuman pemandu mabuk oleh pendengar radio bahasa Cina 02

Penggantungan lesen memandu sangat menyusahkan di Malaysia. Tidak seperti negara-negara seperti Singapura dan China di mana pengangkutan awam mudah didapati, rakyat Malaysia sukar untuk melakukan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa memandu.

Perkara ini seterusnya akan mempengaruhi produktiviti seseorang dan menjadikan mereka sukar mencari nafkah tanpa kenderaan dan juga apabila menjalani tugas harian mereka.

Pindaan yang dicadangkan pada Seksyen 41 Akta 333 bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan menyebabkan pemandu, jika didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol bakal dikenakan denda RM 5,000 hingga RM 20,000 atau penjara selama 2 hingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Cadangan bernas tentang hukuman pemandu mabuk oleh pendengar radio bahasa Cina 03

Kredit gambar:  Foto 123RF

Namun persoalannya adakah hukuman yang berat akan mengubah persepsi rakyat terhadap isu ini?

Sebelum cadangan pindaan undang-undang, Malaysia sudah pun memiliki undang-undang bagi pemandu mabuk yang menyebabkan kecelakaan jalan raya. Namun begitu, undang-undang ini tidak dikuatkuasakan dengan tegas justeru ramai pesalah terlepas dari hukuman yang setimpal.

Walau bagaimanapun, kami berpendapat bahawa pengguna yang mengambil alkohol tidak dibenarkan untuk memandu. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dengan mengambil servis e-hailing atau menetapkan seorang pemandu upahan untuk bergerak ketika di bawah pengaruh alkohol.

Malaysia masih belum melaksanakan sistem ‘pemandu upahan’ yang terkenal di negara-negara seperti Korea Selatan dan China.

Kami dari Wapcar telah merasakan sendiri pengalaman menggunakan servis ‘pemandu upahan’ di China. Kami telah menempah ‘pemandu upahan’ daripada aplikasi telefon bimbit dan mereka akan tiba ke lokasi yang ditetapkan.

‘Pemandu upahan’ akan tiba dengan menggunakan skuter elektrik kecil boleh lipat. Skuter tersebut akan dilipat dan disimpan di dalam but kereta dan ‘pemandu upahan’ tersebut akan memandu anda ke destinasi dengan selamat.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda