window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery sahkan lancar model hibrid tahun 2023, bakal dihasilkan di Indonesia

Haris · Jan 17, 2023 04:00 PM

Chery sahkan lancar model hibrid tahun 2023, bakal dihasilkan di Indonesia 01

PT Chery Sales Indonesia (CSI) akan memperkenalkan barisan kereta terkini pada tahun 2023 ini. Perancangan ini juga turut meliputi beberapa model hibrid Chery dengan teknologi Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-in (PHEV) untuk pasaran Indonesia.

Rancangan Chery untuk menambah barisan produknya dalam pasaran automotif nasional telah didedahkan secara langsung oleh Naib Presiden PT Chery Sales Indonesia Harry Kamora, semasa perasmian pengedar Chery di Cibubur menurut Autofun.id.

Chery sahkan lancar model hibrid tahun 2023, bakal dihasilkan di Indonesia 02

Chery Tiggo 8 Pro PHEV diprebiu untuk pasaran Malaysia

"Apa yang menarik ialah PHEV akan hadir. Tahun ini juga? Ya, (cuma) masa belum pasti. Jadi ada ICE (Enjin Pembakaran Dalaman), PHEV, dan EV," kata Harry kepada krew media.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau juga berkata kehadiran kereta PHEV adalah sebahagian daripada strategi syarikat, untuk merapatkan jurang model Chery yang sudah penuh dengan teknologi ICE (enjin petrol) kepada teknologi EV.

Chery sahkan lancar model hibrid tahun 2023, bakal dihasilkan di Indonesia 01

Chery Tiggo 8 Pro PHEV diprebiu untuk pasaran Malaysia

"Jadi kami tidak terus melompat ke arah EV. Saya tidak menjual peralihan ini sebagai mimpi tetapi ia adalah langkah yang perlu kita lalui. Kami tidak mahu tergesa-gesa, tetapi itu (Kenderaan Elektrik) adalah pasti," jelas Harry.

Harry juga menjelaskan, jika Chery telah melancarkan kereta PHEV secara rasmi, maka mereka tidak akan menjual dengan status import, tetapi akan dihasilkan secara tempatan di Indonesia.

Baca: Indonesia akan lancar Chery Tiggo 7 Pro & 8 Pro (CKD); ini sebab kenapa ia penting untuk Malaysia

Chery sahkan lancar model hibrid tahun 2023, bakal dihasilkan di Indonesia 02

Chery Tiggo 8 Pro PHEV diprebiu untuk pasaran Malaysia

"Ya, PHEV semua akan dibuat di Indonesia, itulah sebabnya mereka (prinsipal Chery di China) kini berorientasikan kepada kandungan tempatan dan kandungan ini diperluaskan, pada masa yang sama mereka akan mencari rakan kongsi yang boleh melakukan penyetempatan," kata Harry.

Harry menyatakan dengan pengeluaran yang dijalankan di Indonesia, ia selaras dengan cadangan kerajaan untuk kandungan tempatan 60 peratus. Akibatnya, kenderaan baharu yang dibuat di Indonesia akan mendapat manfaat mengikut dasar yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Chery sahkan lancar model hibrid tahun 2023, bakal dihasilkan di Indonesia 03

Chery Tiggo 8 Pro PHEV diprebiu untuk pasaran Malaysia

Umum mengetahui bahawa varian PHEV untuk Chery adalah Tiggo 8 Pro PHEV yang sudah menjengah di pasaran Amerika Latin. Model seperti Chery Tiggo 7 Pro dan Chery Tiggo 5x Pro hadir dalam varian hibrid biasa. 

Pasaran Indonesia juga masih belum mempunyai model PHEV yang dibuat untuk pasaran domestik, apatah lagi untuk diimport ke luar negara. Adakah ini permulaannya?

Baca: Chery Tiggo 8 Pro PHEV membuat penampilan ASEAN pertama di Malaysia, bakal menyaingi Haval H6!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Chery Tiggo 8 Pro Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda