Chery sudahpun memulakan proses pemasangan Omoda 5 CKD secara besar-besaran di Indonesia!
Zamil Syaheer · Mar 21, 2023 12:00 PM
Sementara rakyat Malaysia menunggu pelancaran semula rasmi jenama Chery di negara ini, syarikat yang berpangkalan di Anhui itu baru saja memulakan proses pengeluaran model Chery Omoda 5 secara tempatan (CKD) Indonesia.
Pada minggu lepas, Chery telahpun menjalani apa yang dikenali sebagai percubaan barisan pengeluaran. Ini adalah untuk melatih semua pekerja pemasangan yang terlibat sebelum pengeluaran besar-besaran bagi Omoda 5 bermula.
Semasa pengeluaran percubaan, beberapa unit Omoda 5 dalam dua warna White Howlite Black telah dihasilkan. Presiden PT Chery Sales Indonesia (CSI), Shawn Xu berkata dalam satu kenyataan bahawa pengeluaran percubaan berjalan dengan lancar. Pengeluaran besar-besaran Omoda 5 sudahpun bermula hari ini.
"Dengan memulakan pengeluaran Mac ini, kami komited untuk menghantar unit mengikut masa yang kami janjikan kepada pengguna kami," tambahnya. "Pada awal April, kami bersedia untuk melaksanakan upacara penyerahan Omoda 5 untuk 100 pertama daripada 300 unit yang dijadualkan untuk bulan tersebut sebelum meneruskan dengan bakinya.”
300 unit pertama Omoda 5 yang telah ditempah sejak pengumuman bulan lepas akan dihantar kepada pelanggan pada bulan April. Chery Omoda 5 boleh didapati di Indonesia dalam dua varian iaitu:
Omoda 5 yang telah dipratonton kepada media Malaysia
Walaupun kilang Chery di Bekasi akan menjadi hab pengeluaran untuk pasaran pemanduan kanan (RHD), model untuk Malaysia akan dipasang secara tempatan di sini. Rakan kongsi pemasangan Chery di Malaysia belum didedahkan tetapi pengeluaran akan bermula pada Jun 2023 dengan jenama itu akan kembali ke negara ini menjelang separuh kedua tahun ini.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen