window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul?

Haris ยท Dec 29, 2021 09:00 AM

Chery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul? 01

  • SUV 7 tempat duduk itu akan melakukan debut di Indonesia pada Feb 2022
  • Dikuasakan enjin 2.0-liter TGDI
  • Kilang Indonesia akan dibina tahun depan

Jenama Chery akan memasuki Malaysia sekitar suku ke-3 tahun 2022 tetapi selain Malaysia, pengeluar kereta China itu juga menumpukan perhatian kepada satu lagi negara jiran ASEAN kita. Beberapa bulan sebelum kami melaporkan mengenai kepulangannya ke Malaysia, Chery telah memberitahu mengenai rancangannya untuk kembali ke Indonesia melalui media sosial.

Sejak itu, akaun media sosial Chery Indonesia telah menyiarkan berita dan maklumat mengenai jenama itu untuk meningkatkan capaian jenama. Bagaimanapun, hanya seminggu yang lalu, pembuat kereta yang berpangkalan di Anhui itu mengumumkan bahawa ia akan menyertai pameran Indonesia International Motor Show (IIMS) yang akan datang, bakal berlangsung dari 17-27 Februari 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Chery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul? 01

Hantaran yang sama juga memaparkan Chery Tiggo 8 Pro yang digembar-gemburkan bakal menjadi model pertama di sana. Menurut media Indonesia, ia akan dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.0 liter turbocaj petrol yang menghasilkan 254 PS dan 350 Nm. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Urusan PT Chery Motor Indonesia, Qin Gang.

Chery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul? 02

Enjin 1.6-litre TGDI

Selain daripada unit enjin 2.0 liter, Chery Tiggo 8 Pro juga boleh didapati dengan enjin 4-silinder 1.6 liter turbocaj (197 PS/290 Nm) dan unit enjin 1.5 liter hibrid ringan (156 PS/230 Nm) bergantung kepada pasaran,

Chery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul? 03

Tersedia dalam konfigurasi 5-, 6- atau 7 tempat duduk, Chery Tiggo 8 Pro bersaing dengan model seperti Mazda CX-8 dan Volkswagen Tiguan Allspace. Ia berada di atas Chery Tiggo 7 Pro yang bersaing dengan Proton X70 dan Chery Tiggo 4 Pro yang bersaing dengan Proton X50 dalam barisan produk Tiggo.

Also read: Spyshot: Kelibat Chery Tiggo 5x di Malaysia, satu lagi pencabar Proton X50 dari China?

Chery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul? 04

Varian hibrid ringan, Chery Tigo 8 Plus di pasaran China

Bagaimanapun, Chery mempunyai rancangan yang lebih besar untuk kembali ke pasaran yang telah ditinggalkan hampir sedekad lalu pada tahun 2012. Dalam perbincangan forum maya bersama wartawan automotif Indonesia pada hujung minggu lepas, Setiausaha Agung Gaikindo, Kukuh Kumara, mendedahkan bahawa Chery berhasrat untuk membina kilang pemasangan di Nusantara.

Chery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul? 05

Model pasaran Rusia, masih belum ada RHD Tiggo 8 Pro tersedia setakat ini

Walaupun dengan perancangan pembinaan kilang, itu tidak bermakna Chery bercadang menjadikan Indonesia sebagai hab untuk pasaran ASEAN seperti Hyundai. Kukuh menambah bahawa kilang itu hanya akan mengeluarkan model yang bertujuan untuk pasaran domestik sahaja tanpa rancangan eksport, buat masa ini.

Chery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul? 06

Jika ia mengikut perancangan, ini akan menjadikan Chery pengeluar kereta China ketiga yang menubuhkan kilang di Indonesia, selepas Wuling dan DFSK. Menariknya, pembinaan kilang untuk pasaran domestik sahaja terasa kurang produktif, justeru apa sebenarnya yang tersirat untuk jenama Chery di ASEAN?

Baca: Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda