window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cub Prix 2021: 10 pusingan, buka tirai di Litar Antarabangsa Sepang

Khairil ยท Feb 6, 2021 10:00 AM

Cub Prix 2021: 10 pusingan, buka tirai di Litar Antarabangsa Sepang 01

Selepas hanya berlangsung sebanyak 8 pusingan musim lalu, perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas dijadual menyajikan peminatnya dengan 10 pusingan bagi musim 2021 dengan perlumbaan pembuka tirai dijadual pada Mac depan.

Perkembangan menarik itu diumumkan penganjur kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) dengan jadual perlumbaan yang masih berstatus sementara ini akan diatur mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa.

Cub Prix 2021: 10 pusingan, buka tirai di Litar Antarabangsa Sepang 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti musim lalu, perlumbaan turut dijadualkan berlangsung di litar tetap dengan empat daripadanya adalah di Litar Antarabangsa Sepang manakala dua lagi pusingan masing-masing di Litar Tangkak, Johor dan Terengganu.

Begitupun, dua lagi baki pusingan bagaimanapun masih belum dapat ditetapkan di manakah venuenya dengan kehadiran penonton untuk menyaksikan perlumbaan juga dijangka masih lagi tidak dibenarkan.

Cub Prix 2021: 10 pusingan, buka tirai di Litar Antarabangsa Sepang 01

“Sekiranya tiada halangan, pihak Cub Prix berharap akan memulakan musim 2021 pada bulan Mac nanti. Namun demikian, harus diingatkan bahawa jadual ini masih tertakluk kepada perubahan semasa," kata Pengarah Urusan Sam, Ron Hogg.

Mengikut jadual, Pusingan 1 perlumbaan dijadual berlangsung di Litar Sepang Selatan pada 20 hingga 21 Mac ini dan perlumbaan penutup musim juga berlangsung di litar sama pada 18 dan 19 Disember.

Cub Prix 2021: 10 pusingan, buka tirai di Litar Antarabangsa Sepang 02

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.

Mengulas lanjut, Ron mengakui perlumbaan musim 2020 begitu mencabar.

"Namun, dengan bantuan pelbagai pihak, kami berterima kasih kerana masih sempat menamatkan musim 2020 dengan berjaya. Dalam itu, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Petronas, penaja utama Cub Prix, yang banyak membantu meningkatkan taraf sukan permotoran tanahair. Tidak lupa juga rakan-rakan korporat Cub Prix yang turut menyumbangkan sokongan terhadap sukan ini.

“Bagi pihak semua warga Cub Prix, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia di atas bantuan yang telah dihulurkan selama ini. Kami juga menyeru agar orang ramai terus mematuhi syarat-syarat SOP yang telah ditetapkan. Bersama, kami pasti akan berjaya menangani gejala ini,” katanya.

Cub Prix 2021: 10 pusingan, buka tirai di Litar Antarabangsa Sepang 03

Selain itu, SAM juga berhasrat menghidupkan semula Kejuaraan Mini Cub Prix pada tahun ini yang dikhaskan untuk pelumba cilik berusia dari enam sehingga 12 tahun dengan perlumbaan menggunakan 'pocket bike' ini dijangka akan bermula pada Mei atau Jun nanti.

Sumber imej: Facebook Cub Prix Malaysia

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda