window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dengan lebih 3,000 paten teknologi didaftarkan, Oppo rancang nak buat kereta sendiri juga!

Haris ยท May 5, 2021 02:00 PM

Dengan lebih 3,000 paten teknologi didaftarkan, Oppo rancang nak buat kereta sendiri juga! 01

Kredit gambar: Edon Guraziu

OPPO, pengeluar telefon pintar kedua terbesar di China dilaporkan ingin menceburi industri automotif. Menurut laporan CarNewsChina, projek tersebut bakal diketuai oleh pengasas dan CEO jenama OPPO sendiri iaitu Tony Chen lantas menunjukkan tahap kesungguhan Oppo mengenai projek ini.

Dengan lebih 3,000 paten teknologi didaftarkan, Oppo rancang nak buat kereta sendiri juga! 02

Pengasas dan CEO OPPO, Tony Chen

Walaubagaimanapun, OPPO tidak mengesahkan berita tersebut, tetapi Tony Chen didakwa mengeluarkan kenyataan "Walaupun dalam sektor pembuatan kenderaan, kami akan memberi fokus kepada bidang yang OPPO boleh lakukan dengan baik. 

“Sekiranya pengeluar kenderaan lain tak dapat membangunkan kenderaan yang bagus dan OPPO mempunyai kelebihan ini, kami akan cuba lakukannya di masa depan," ujar beliau lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan lebih 3,000 paten teknologi didaftarkan, Oppo rancang nak buat kereta sendiri juga! 01

Seres SF5 digunakan oleh Huawei untuk mempamerkan kebolehan membangunkan perisian

Laporan itu juga turut mendakwa bahawa OPPO masih belum memutuskan mengenai cara pembangunan kenderaan tersebut. 2 gergasi telefon pintar lain seperti Xiaomi dan Huawei telah menyatakan hasrat masing-masing tetapi berbeza cara. Xiaomi mahu membangunkan kereta sendiri manakala Huawei mahu membekalkan perisian kepada pengeluar kereta pintar.

Dengan lebih 3,000 paten teknologi didaftarkan, Oppo rancang nak buat kereta sendiri juga! 02

Sistem infotainment konsol tengah pada Xpeng P5

Tony Chen dikatakan telah bertemu dengan pembekal Tesla dan pembekal bateri CATL dalam dua minggu terakhir. Andy Wu, Timbalan Presiden Kejuruteraan Perisian di OPPO, akan menjadi pegawai eksekutif bahagian kenderaan swapandu manakala Eric Guo, ketua saintis yang menyertai OPPO dari Xpeng tahun lepas juga telah membentuk pasukan untuk pembangunan kenderaan swapandu tersebut.

Dengan lebih 3,000 paten teknologi didaftarkan, Oppo rancang nak buat kereta sendiri juga! 03

Sensor pada sebuah kenderaan swapandu

Di samping itu, OPPO juga dilaporkan telah menerbitkan lebih 3,000 paten teknologi yang berkaitan dengan pemanduan autonomi tanpa pemandu, termasuklah alat pengukur jarak, kamera, dan peralatan elektronik untuk kedudukan kereta.

Dengan lebih 3,000 paten teknologi didaftarkan, Oppo rancang nak buat kereta sendiri juga! 04

Skrin adalah kekuatan syarikat peranti pintar

Menurut sumber yang rapat dengan hal ini, OPPO masih tidak dapat mengumumkan keseluruhan projek ini secara rasmi. Dengan kekuatan syarikat-syarikat ‘Cyberjaya’ China dalam industri perisian, maka tidak hairanlah jika mereka juga mahu menceburi bidang automotif, lebih-lebih lagi apabila industri bergerak ke arah teknologi kereta pandu sendiri.

Bacaan Lanjut:

Jual 'smartphone' tak cukup untung, Xiaomi nak buat kereta elektrik (EV)

Bisnes telefon pintar Huawei terjejas, kini nak bina kereta elektrik macam Tesla!

Syarikat pembuat telefon pintar Huawei memperkenalkan SUV elektrik SERES, boleh jalan 1000 km!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda