window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dinamikjaya akan lancar Kia EV6 kalau NAP memihak, CKD juga dalam perancangan

Faisal ยท Jul 21, 2021 09:00 AM

Dinamikjaya akan lancar Kia EV6 kalau NAP memihak, CKD juga dalam perancangan 01

Menurut laporan dari Maybank Investment Bank (Maybank IB), pengedar baru Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors, nampaknya bakal perkenalkan kereta elektrik Kia EV6 seawal tahun ini. Apapun, ia tertakluk pada keadaan dan insentif yang diberi oleh perkembangan polisi EV Malaysia yang bakal diumum pada akhir bulan ini.

Tidak cukup dengan itu, Dinamikjaya turut berancang untuk memasang Kia EV6 secara lokal (CKD).

Dinamikjaya akan lancar Kia EV6 kalau NAP memihak, CKD juga dalam perancangan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau jadi, model ini akan dikira sebagai antara Battery Electric Vehicle (BEV) Kia yang pertama untuk dipasang di Malaysia. Menariknya, Kia e-Niro turut ada dalam perancangan ini.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Bermaz Auto (syarikat induk buat Dinamikjaya) mempunyai pelan untuk pemasangan CKD buat Kia Carnival dan Kia Seltos seawal tahun 2023.

Juga bacaBermaz Auto ada rancangan besar, 6 model elektrifikasi bakal menyusul?

Dinamikjaya akan lancar Kia EV6 kalau NAP memihak, CKD juga dalam perancangan 01

Dengan jangkaan pelancaran Kia EV6 dalam tahun ini juga, Dinamikjaya mungkin perkenalkannya sebagai model CBU terlebih dahulu.

Dinamikjaya akan lancar Kia EV6 kalau NAP memihak, CKD juga dalam perancangan 02

Selain EV6 dan e-Niro, Dinamikjaya juga ada rancangan untuk lancarkan Kia Sportage generasi baharu dengan versi Plug-in Hybrid Vehicle (PHEV).

Juga bacaKia Sportage 2022 CKD serba baru dikatakan bakal lancar di Malaysia tahun depan?

Kia EV6

Didebut global pada Mac yang lalu, EV6 adalah kereta EV Kia yang pertama. Model ini dibangunkan berasaskan platform kereta elektrik E-GMP yang turut dikongsi dengan Hyundai.

Dinamikjaya akan lancar Kia EV6 kalau NAP memihak, CKD juga dalam perancangan 03

Umumnya, Kia EV6 ditawarkan dengan kapasiti bateri 58 kWh dan 77.4 kWh. Berdasarkan kitaran WLTP, jarak pemanduannya boleh pergi sejauh 510 km.

Walaupun EV ini nampak seperti sebuah hatchback, Kia sebenarnya memasarkan EV6 sebagai crossover. Menariknya, ia sedikit pendek berbanding Kia Seltos.

Juga bacaKia Carnival CKD baru bakal dilancarkan awal 2022, Seltos Q4, mensasarkan jualan 2,000 unit di Malaysia

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia