window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'!

Khairil ยท Jun 9, 2023 03:00 PM

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 01

Pengeluar motosikal ikonik Itali, Ducati memilih untuk terus melakukan sesuatu di luar kebiasaan dan terbaharu, mengumumkan warna terkini bagi Ducati Panigale V2 (2024) yang tampil dengan skema warna dilabel 'premium' iaitu hitam dikenali 'Black-On-Black'.

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 02

Kepada penggemar dan mengikuti perkembangan dunia motosikal, setiap pengeluar motosikal diktahui mempunyai warna yang dianggap khusus atau khas dengan jenama masing-masing.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 01

Dan untuk Ducati yang sinonim dengan kemewahan, warna yang dianggap sebagai 'tradisi' bagi jenama itu adalah merah.

Juga baca: Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k!

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 02

Seperti namanya 'Black-On-Black', skema warna yang turut sinonim dengan watak adiwira 'Batman' itu juga berbeza dengan satu lagi pilihan warna terbaharu yang diperkenalkan Ducati iaitu Iceberg White untuk Ducati SuperSport 950 S dan Monster (2024). 

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 03

Tetapi jangan bimbang, kepada yang tidak mahukan kelainan, pilihan warna Ducati Red masih tersedia untuk Ducati Panigale V2 (2024).

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 04

Sekalipun tampil dengan skema warna gabungan hitam kilat dan kelabu gelap, penggunaan warna merah tetap tidak 'dimatikan' terutama membabitkan lencana dan logo Ducati dan Panigale di bahagian tangki bahan api, fairing serta jalur rim.

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 05

Selain perubahan penampilan, Ducati Panigale V2 (2024) masih mengekalkan rekaan dan spesifikasi mekanikal yang sama dengan versi terdahulu termasuk menggunakan kerangka 'monocoque' yang sama dengan Ducati Panigale V4. 

Juga baca: Ducati KL rasmi 'buka pintu', fasiliti lengkap Ducati bernilai RM 1 juta kini tersedia!

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 06

Sebagai jentera 'Sportbike' yang boleh dilayan di litar, Ducati Panigale V2 (2024) kekal dengan padanan enjin bersesaran 955 cc Superquadro V-twin yang berupaya menghasilkan kuasa 155 Hp pada 10,750 rpm dan tork 130 Nm pada 9,000 rpm.

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 07

Dan apa yang menarik, Ducati Panigale V2 (2024) adalah satu-satunya motosikal Ducati yang menggunakan trenkuasa V-Twin dalam produk Ducati pada 2024. 

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 08

Sebagai jentera berteknologi moden, Ducati Panigale V2 (2024) turut datang dengan pelbagai ciri bantuan tunggangan elektronik canggih seperti ABS Cornering EVO, Ducati Traction Control (DTC) EVO 2, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2 dan Engine Brake Control (EBC) EVO.

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 09

Ciri-ciri premium dan menarik termasuklah penggunaan lengan ayun aluminium tunggal, sistem lampu LED penuh dan panel meter digital TFT berwarna lengkap dengan sambungan ke telefon pintar.

Ducati Panigale V2 (2024) terima pilihan warna hitam, dah macam jentera untuk 'Batman'! 10

Di Malaysia, Ducati Panigale V2 (2023) dijual pada harga asas RM 129,900 dan kepada yang mahukan kelainan, ada Ducati Panigale V2 Bayliss (2023) yang tersedia pada harga asas RM 149,900.

Juga baca: Ducati Panigale V4, V4 S (2022) dah tiba di Malaysia, harga bermula RM 145.9k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda