window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5!

Khairil · Jun 8, 2023 06:30 PM

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 01

Kawasaki memang tak berhasrat untuk menamatkan riwayat motosikal dalam segmen 'SuperSport' jenama itu dengan memperkenalkan kemas kini terbaharu Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 02

Sebagai permulaan, Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) bukan hadir sebagai kemas kini 'kosmetik', namun mendapat perubahan cukup besar termasuk dari sudut rekaan  dan trenkuasa yang sudah mematuhi piawaian emisi Euro 5.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 01

Dari segi reka bentuk, Kawasaki mengubah sepenuhnya penampilan Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) dengan memberikan rupa depan serba baharu yang turut membabitkan rekaan lampu depan LED, lampu signam, visor angin yang digelar "3D interwoven bodywork". Dan ia kini lebih mirip model aras tinggi Kawasaki Ninja ZX-10R.

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 02

Di bahagian trenkuasa, enjin Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) kekal bersesaran 636 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Juga baca: Kawasaki Malaysia umum harga Kawasaki Z900, Z900 SE (2023), bermula RM 43.9k-RM 55.9k!

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 03

Antara kemas kini yang dijalankan di bahagian 'dalaman' adalah penggunaan 'Profil Cam' baharu yang dikatakan meningkatkan prestasi jentera ini pada julat putaran rpm lebih rendah selain penggunaan corong udara dan sistem ekzos baharu yang dikatakan lebih 'mesra' alam.

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 04

Turut ditala semula oleh Kawasaki adalah sistem 'injector' bagi meningkatkan penggunaan bahan bakar selain beberapa lagi perubahan di bahagian enjin.

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 05

Tiada angka rasmi diumumkan Kawasaki AS tetapi kuasa yang dihamburkan dikatakan kekal 'kacak' iaitu sekitar 128 Hp.

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 06

Sebagai jentera yang boleh 'dilenjan' di dalam trek, Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) dipadankan dengan pelbagai komponen premium antaranya penggunaan fork Showa SFF-BPSFF-BP dan penyerap hentak tunggal belakang juga dari jenama Showa lengkap dengan ciri pelarasan penuh.

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 07

Tugas membrek dikendalikan brek cakera berkembar bersaiz 310 mm dengan kaliper Nissin 4 Piston dan brek cakera tunggal 220 mm dengan kaliper 1 Piston (belakang).

Set roda yang digunakan adalah bersaiz 120/70-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang) yang dipadankan dengan tayar Pirelli Diablo Rosso IV.

Juga baca: Rasmi, EMOS kini pengedar eksklusif motosikal Kawasaki di Malaysia!

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 08

Di bahagian elektronik, Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) memiliki dua mod kuasa (Full, Low) dan 4 mod tunggangan (Sport, Road, Rain dan Rider) yang mempunyai tetapan tersendiri bersama Kawasaki Traction Control (KTRC). Dan jangan bimbang, dengan mod 'rider', setiap tetapan KTRC boleh dilaras secara berasingan.

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 09

Selain itu, sistem 'Quickshifter' datang secara standard dan untuk varian ABS, ia turut datang dengan sistem Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake System atau (KIBS).

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 10

Di bahagian panel meter, ia menggunakan panel meter TFT berwarna bersaiz 4.3 inci yang lengkap dengan ciri sambungan ke telefon bimbit menerusi Bluetooth menggunakan aplikasi Kawasaki Rideology.

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) buat penampilan di AS, rekaan tambah garang, enjin 636 cc, 4 Silinder Sebaris kini Euro 5! 11

Empat varian Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) ditawarkan di pasaran AS bersama harga dan penawaran warna berbeza.

Kawasaki Ninja ZX-6R (2024)

  • Pilihan warna: Metallic Flat Spark Black/Ebony, Pearl Robotic White/Metallic Graphite Gray
  • Harga: AS $ 11,299 (RM 52,186)

Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition (2024)

  • Pilihan warna: Lime Green/Ebony KRT
  • Harga: AS $ 11,299 (RM 52,186)

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS (2024) 

  • Pilihan warna: Metallic Flat Spark Black/Ebony, Pearl Robotic White/Graphite Gray
  • Harga: AS $ 12,299 (RM 56,801)

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS KRT Edition 2024

  • Pilihan warna: Lime Green/Ebony KRT
  • Harga: AS $ 12,299 (RM 56,801)

Juga baca: Dah sampai, Kawasaki Ninja ZX-10R, 1000SX dan Z900RS kini di bilik pameran pengedar terpilih Kawasaki Malaysia!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda