window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MotoGP: Ducati tak bagi 'can' di laman sendiri, Mugello, Bagnaia diapit Zarco, Martin!

Khairil ยท Jun 12, 2023 09:30 AM

MotoGP: Ducati tak bagi 'can' di laman sendiri, Mugello, Bagnaia diapit Zarco, Martin! 01

Ducati dan bintangnya Francesco Bagnaia meraih minggu yang sempurna dan menggembirakan ratusan ribu penonton tuan rumah di Grand Prix (GP) Itali 2023 dengan menjuarai perlumbaan di Mugello, semalam.

MotoGP: Ducati tak bagi 'can' di laman sendiri, Mugello, Bagnaia diapit Zarco, Martin! 02

Bagi Bagnaia, ia bukan saja kemenangan ketiga berturut-turut buatnya di MotoGP musim ini, malah kejayaan di gelanggang sendiri buatnya dan Ducati.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MotoGP: Ducati tak bagi 'can' di laman sendiri, Mugello, Bagnaia diapit Zarco, Martin! 01

Memulakan perlumbaan di petak utama, Bagnaia atau dikenali Pecco diberi cabaran oleh pelumba KTM,  Jack Miller yang memintasnya di awal perlumbaan. Tetapi dia berjaya merampas semula kedudukan itu selepas selekoh ke-4.

Dan sekalipun dicabar sengit pelumba satelit Ducati, (Pramac Racing) Jorge Martin sepanjang perlumbaan, Bagnaia jelas tidak mahu terlepas kemenangan di laman sendiri.

Martin terpaksa berpuas hati di tangga kedua manakala seorang lagi pelumba Pramac Racing Ducati, Johann Zarco melengkapkan kedudukan podium.

MotoGP: Ducati tak bagi 'can' di laman sendiri, Mugello, Bagnaia diapit Zarco, Martin! 02

Selain jentera padu dimiliki oleh Ducati, Bagnaia berkata antara sebab kemenangannya adalah berikutan misi untuk memenangi perlumbaan di depan penyokongnya sendiri.

"Kegembiraan, sudah tentu. Ada banyak kegembiraan dan saya tidak tahu yang ia adalah sama untuk semua orang tetapi apabila saya berlumba di laman sendiri, saya merasa seperti saya berada dalam misi.

MotoGP: Ducati tak bagi 'can' di laman sendiri, Mugello, Bagnaia diapit Zarco, Martin! 03

"Ia menakjubkan kerana saya benar-benar mahu memberikan sesuatu kepada mereka. Keputusan adalah cara terbaik untuk memberikan sesuatu kepada mereka.

"Apabila kamu mencapai keputusan seperti ini, petak pertama dan dua kemenangan pada perlumbaan, kamu akan merasa banyak kegembiraan. Kamu rasa seperti misi sudah diselesaikan. Minggu ini adalah penting untuk saya untuk melakukan apa yang kami lakukan."

MotoGP: Ducati tak bagi 'can' di laman sendiri, Mugello, Bagnaia diapit Zarco, Martin! 04

Pada musim lalu, Bagnaia yang turut cemerlang ememnangi Perlumbaan Sprint terlepas kemenangan di Itali selepas mengalami kemalangan di saat akhir.

MotoGP: Ducati tak bagi 'can' di laman sendiri, Mugello, Bagnaia diapit Zarco, Martin! 05

Pasukan Pramac Ducati meraikan kejayaan di Mugello

Dalam pada itu, perlumbaan turut menyaksikan jagoan Honda, Marc Marquez sekali lagi terjatuh - keempat daripada lima pusingan - yang meranapkan harapannya untuk bangkit.

Keputusan GP Itali 2023

  1. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), 41 minit 16.863 saat (s)
  2. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), +1.067s
  3. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23), +1.977s
  4. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +4.625s
  5. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +8.925s
  6. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +10.908s
  7. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +10.999s
  8. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +12.654s
  9. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +17.102s
  10. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), +17.610s
  11. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +17.861s
  12. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +19.110s
  13. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +21.947s
  14. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), +25.906s
  15. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)*, +26.500s
  16. Michele Pirro (ITA) Aruba.it Ducati (GP23), +30.150s
  17. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22), +38.001s
  18. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP23), +38.662s
  19. Jonas Folger (GER) Tech3 GASGAS (RC16), +78.912s

     Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22), DNF (Tak habiskan perlumbaan)
     Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), DNF
     Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), DNF

Sumber imej: FB Francesco BagnaiaDucatiPramac Racing

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda