window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Imej intip skuter elektrik KTM jalani ujian tertiris

Khairil ยท Jun 9, 2023 12:00 PM

Imej intip skuter elektrik KTM jalani ujian tertiris 01

Bukan rahsia syarikat pengeluar motosikal terkemuka Austria, KTM merancang untuk menghasilkan skuter dan pada bulan ini, tertiris imej yang menunjukkan sebuah skuter dipercayai dipacu kuasa elektrik dari jenama itu sedang menjalani ujian.

Kira-kira tiga tahun lalu, KTM pernah menayangkan model konsep skuternya yang tampil dengan reka bentuk yang futuristik dan mengejutkan. 

Imej intip skuter elektrik KTM jalani ujian tertiris 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi berdasarkan kepada model yang 'ditangkap' sedang menjalani ujian ini, ia nampaknya tidaklah sebegitu radikal namun masih dipenuhi dengan 'gaya' KTM.

Diperoleh dan dikongsikan oleh majalah motosikal Jerman, Motorradonline.de., sekalipun tiada petunjuk jelas atau rasmi yang ia adalah sebuah skuter buatan KTM, tetapi penunggang ujinya yang memakai jaket KTM berwarna jingga menguatkan lagi pendapat berkenaan.

Juga baca: KTM 250 Duke 2022 dilancar di Malaysia, lampu depan lagi 'garang', harga asas kekal RM 21.5k!

Imej intip skuter elektrik KTM jalani ujian tertiris 01

Selain itu, antara petunjuk yang menyatakan ia adalah buatan KTM adalah berdasarkan lengan ayunnya yang nampak seperti rekaan tipikal KTM menggunakan aluminium ringan.

Imej intip skuter elektrik KTM jalani ujian tertiris 02

Sumber imej: Motorradonline.de

Dan maklumat lain yang diperoleh berdasarkan imej intip itu adalah penggunaan lampu LED projektor di bahagian depan, visor angin, penggunaan panel meter berwarna TFT dan penggunaan brek cakera bersaiz besar untuk roda depan dan belakang.

Imej intip skuter elektrik KTM jalani ujian tertiris 03

Sumber imej: Motorradonline.de

Jika berpandukan kepada kenyataan KTM sebelum ini, unit yang bakal dihasilkan akan turut difokuskan kepada kegunaan bandar jadi tiada yang mengujakan dijangka diperoleh daripada trenkuasanya.

Imej intip skuter elektrik KTM jalani ujian tertiris 04

Sumber imej: Motorradonline.de

Tetapi disebabkan pasaran skuter yang semakin membesar dan kian menguntungkan, ia memang menjadi antara sebab kukuh mengapa KTM ingin mengembangkan portfolionya dalam segmen berkenaan.

Juga baca: KTM RC 8C (2023) generasi kedua dilancar, terhad 200 unit, harga RM 168.8k tapi 2 minit 'selesai'!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda