window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enggan diperiksa, pemandu Nissan Vanette langgar anggota URB polis hingga patah kaki!

Khairil ยท May 20, 2021 12:00 PM

Enggan diperiksa, pemandu Nissan Vanette langgar anggota URB polis hingga patah kaki! 01

Patah kaki kiri. Itu kecederaan yang terpaksa ditanggung seorang anggota Polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) selepas motosikalnya, Kawasaki Ninja 300 dilanggar sebuah van yang pemandunya enggan berhenti untuk pemeriksaan di Seremban, semalam.

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata kejadian berlaku di Taman Cengal Utama, Seremban kira-kira jam 12.40 tengah malam.

Enggan diperiksa, pemandu Nissan Vanette langgar anggota URB polis hingga patah kaki! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Katanya, semasa anggota MPV sedang bertugas membuat rondaan di sekitar kawasan Kampung Sentosa Paroi, pihaknya terserempak dengan sebuah van jenis Nissan Vanette yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dan tidak berhenti selepas diarahkan.

Menurutnya, anggota MPV itu meminta bantuan dan URB 1 Balai Senawang sampai untuk memberikan bantuan.

Enggan diperiksa, pemandu Nissan Vanette langgar anggota URB polis hingga patah kaki! 01

“Semasa mengekori sehingga sampai di kawasan Taman Cengal Paroi, saspek telah membuat pusingan U dan telah melanggar URB 1 Senawang. Kemudian, berlaku kejar mengejar sehinggalah saspek cuba membuat pusingan U lagi sekali dan telah melanggar kereta MPV sehingga mengalami kerosakan.

“Kemudian, saspek telah hilang kawalan dan telah melanggar tiang elektrik. Suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan," kata Mohd Said dalam satu kenyataan yang turut menambah seorang anggota URB telah mengalami kecederaan patah kaki kiri.

Enggan diperiksa, pemandu Nissan Vanette langgar anggota URB polis hingga patah kaki! 02

Mengulas lanjut, Mohd Said berkata hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menjumpai batang kayu yang panjangnya lebih kurang 120 cm dan dipasang dengan sebilah sabit panjang lebih kurang 37 cm.

Malah katanya, pemeriksaan pada cukai jalan yang tertampal pada cermin hadapan kenderaan dan nombor pendaftaran yang digunakan suspek juga adalah palsu.

Enggan diperiksa, pemandu Nissan Vanette langgar anggota URB polis hingga patah kaki! 03

“Pemeriksaan tubuh suspek pula mendapati terdapat beg silang warna hitam yang mengandungi sebotol kaca yang diubahsuai sebagai alat untuk menghisap dadah dan dua tiub straw berwarna putih berjalur biru yang di dalamnya mengandungi bahan-bahan yang disyaki dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 0.75 gram.

“Suspek didapati positif morphine dan mempunyai beberapa rekod jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 108 (3)(f) APJ 1987.

Enggan diperiksa, pemandu Nissan Vanette langgar anggota URB polis hingga patah kaki! 04

“Bagi kesalahan membabitkan dadah, suspek disiasat di bawah Seksyen 12 (2)/(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 dan suspek direman selama 4 hari bermula hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Said turut menggesa orang ramai supaya memberi kerjasama sekiranya diminta oleh penjawat awam tanpa menghalang tugas mereka kerana setiap undang-undang yang digubal ada kebaikannya.

Sumber imej: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda