window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ferrari SF90 Stradale dilancarkan di Malaysia. PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS, harga dari RM 1.9 juta

Haris · Sep 18, 2020 05:00 PM

Ferrari SF90 Stradale dilancarkan di Malaysia. PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS, harga dari RM 1.9 juta 01

3 model kereta berprestasi tinggi dilancarkan di Malaysia hari ini. McLaren 765 LT, Ferrari SF90 Stradale dan Porsche Taycan kesemuanya melakukan debut buat pertama kalinya di Malaysia.

Ferrari SF90 Stradale dilancarkan di Malaysia. PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS, harga dari RM 1.9 juta 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ferrari SF90 Stradale telah dilancarkan oleh Naza Italia Sdn Bhd di bilik pameran mereka di Petaling Jaya. Model Ferrari SF90 Stradale ini merupakan kereta elektrik jenis Plug In Hybrid (PHEV) dengan enjin di bahagian tengah yang pertama oleh Ferrari.

Ferrari SF90 Stradale dilancarkan di Malaysia. PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS, harga dari RM 1.9 juta 01

SF90 Stradale berkongsi nama dengan kereta F1 Ferrari SF90 tahun 2019. Nama ‘SF90’ adalah akronim daripada pasukan Formula 1 Ferrari, Scuderia Ferrari yang menyambut ulangtahun ke 90 tahun pada tahun 2019. Stradale bermaksud ‘jalan’ dalam bahasa Itali. 

Ferrari SF90 Stradale dilancarkan di Malaysia. PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS, harga dari RM 1.9 juta 02

Ferrari SF90 Stradale dijana oleh enjin 4.0 liter turbo berkembar V8 yang mampu menjana sehingga 780 PS dengan bantuan motor elektrik yang menjana tambahan 220 PS. Gabungan kedua-dua enjin dan motor hibrid ini mencatatkan bacaan sehingga 1,000 PS kuasa kuda dan 800 Nm tork.

Ferrari SF90 Stradale dilancarkan di Malaysia. PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS, harga dari RM 1.9 juta 03

Turut digandingkan dengan enjin hibrid tersebut adalah transmisi klac berkembar (DCT) 8 kelajuan. Lebih menarik lagi, transmisi tersebut tidak mempunyai gear undur. Sebarang pergerakan undur diambil alih oleh motor elektrik yang terletak pada kedua-dua bahagian depan tayar.

Ferrari SF90 Stradale dilancarkan di Malaysia. PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS, harga dari RM 1.9 juta 04

Hasil daripada ketiadaan gear undur belakang tersebut, transmisi klac berkembar (DCT) 8 kelajuan kini 10 kg lebih ringan dan kompak. Hal ini turut mengurangkan berat keseluruhan kereta dan meningkatkan masa pertukaran gear sebanyak 30%, iaitu selama 200 milisaat.

Ferrari SF90 Stradale dilancarkan di Malaysia. PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS, harga dari RM 1.9 juta 05

Selain daripada itu, terdapat 4 mod pemanduan iaitu eD (pacuan elektrik sepenuhnya), H (mod pemanduan hibrid), Performance dan Qualify. Ferrari turut mendakwa terdapat beberapa pelanggan mereka yang menyukai mod pemanduan elektrik.

Ferrari SF90 Stradale dilancarkan di Malaysia. PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS, harga dari RM 1.9 juta 06

Sebagai sebuah kenderaan hibrid, Ferrari SF90 Stradale dalam mod pemanduan eD mampu bergerak sejauh 25 km dengan kapasiti bateri sahaja. Dalam mod pemanduan ini, SF90 Stradale menjadi sebuah Ferrari pacuan roda hadapan, satu-satunya model Ferrari yang dipacu roda depan.

Ferrari SF90 Stradale dilancarkan di Malaysia. PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS, harga dari RM 1.9 juta 07

Ferrari SF90 Stradale adalah model Ferrari yang pertama dalam beberapa aspek dan menunjukkan halatuju Ferrari selepas ini. Ferrari SF90 Stradale berharga sebanyak RM 1,908,000 (harga asas sebelum duti, cukai dan tambahan aksesori) dan boleh didapati di bilik pameran Naza Italia Petaling Jaya bermula hari ini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Ferrari SF90 Spider

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda