window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Boyue X 2021 didedah secara langsung, Proton X70 dengan 'X-factor'?

Haris · Sep 2, 2021 08:00 PM

Geely Boyue X 2021 didedah secara langsung, Proton X70 dengan 'X-factor'? 01

Chengdu Auto Show 2021 telah membuka tirai dan model paling menarik di sana adalah Geely Boyue X. SUV yang dibangunkan berdasarkan Geely Boyue biasa semakin mendapat perhatian apabila mula dijual sebagai Proton X70 di beberapa tempat di dunia.

Malah, unsur-unsur rekaan yang ada mungkin boleh menjadi idea kepada peminat Proton X70 di Malaysia.

Geely Boyue X 2021 didedah secara langsung, Proton X70 dengan 'X-factor'? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perbezaan yang paling jelas antara Geely Boyue X dengan model biasa adalah kehadiran gril hitam bertema X yang 'jahat' dan bukannya gril ‘Expanding Cosmos’ biasa. Logo Geely juga tampil serba hitam, sepadan dengan warna gril tersebut.

Jalur oren terang menghiasi perumah lampu kabus dan skirting sisi untuk memberikan penampilan yang lebih sporty kepada SUV ini. Sementara itu, rim 5-jejari hitam kilat dipasang dengan kaliper brek berwarna oren bagi melengkapi rupa agresif pada bahagian luar.

Baca: Geely Boyue X pamer sisi agresif Proton X70 dengan penampilan lebih garang!

Geely Boyue X 2021 didedah secara langsung, Proton X70 dengan 'X-factor'? 01

Memacu Geely Boyue X adalah enjin turbocaj 1.8 liter petrol yang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm, sama dengan Proton X70. Enjinnya juga digandingkan dengan transmisi automatik dwi-klac (DCT) 7-kelajuan.

Geely masih belum mendedahkan perincian utama seperti harga Geely Boyue X. Selain itu, spekulasi hangat juga mengatakan bahawa Geely Boyue X yang lebih agresif adalah kemas kini terakhir untuk SUV ini sebelum mereka melancarkan model generasi baharu berasaskan platform CMA.

Baca: Geely Boyue X (Proton X70) facelift 2021 diacah sebelum didebut di Chengdu Auto Show!

Geely Boyue X 2021 didedah secara langsung, Proton X70 dengan 'X-factor'? 02

Walaupun tanpa panduan harga, ramai media di China melaporkan bahawa model Boyue X adalah model pertengahan di antara Boyue biasa dengan Boyue Pro. Adakah ini rupa Proton X70 facelift akan datang?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda