window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini

Khairil · May 28, 2022 02:00 PM

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 01

Tidak seperti pemain utama lain dalam kenderaan segmen dua roda seperti negara jiran Indonesia dan Thailand yang kian meminati skuter, moped atau kapcai masih lagi pilihan utama golongan 'marhaen' di Malaysia.

Apa tidaknya, boleh dikatakan hampir semua pengeluar motosikal di negara ini memiliki penawaran dalam segmen berkenaan di katalog mereka.

Tetapi untuk memeriahkan pasaran atau memberi rasa lebih istimewa, beberapa model kapcai hangat turut didatangkan dengan varian edisi terhad atau istimewa. Dan berikut kami senaraikan pilihan yang ada di pasaran ketika ini. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 01

Honda EX5 35th Anniversary 

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 02

Sebagai model legenda, tindakan Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda EX5 35th Anniversary nampak tepat. Antara keistimewaan dan kelainan model edisi terhad ini adalah ia menggunakan warna istimewa, Extravagant Gold Metallic serta lencana 35th.

  • Harga asas:  RM 5,198  
  • Unit tersedia: 2,000

Honda RS-X Repsol Edition 

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 03

BSH tak mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan varian edisi terhad Honda RS-X Repsol Edition di pasaran. Menjadi antara model 'Super moped' terhangat di pasaran ketika ini berikutan rekaannya yang menarik, antara keistimewaan model edisi terhad ini adalah penggunaan warna dan corak grafik ala jentera pasukan MotoGP Honda, Repsol Honda yang ditunggang Marc Marquez. 

  • Harga asas: RM 9,948
  • Unit tersedia: 5,000

Yamaha

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 04

Yamaha Y16ZR Doxou Edition

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 05

Untuk meningkatkan 'hype' kepada model hangat Yamaha Y16ZR, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan varian edisi terhad Yamaha Y16ZR Doxou Edition pada Oktober tahun lalu.

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 06

Keistimewaannya adalah penggunaan warna Matte Blue yang digabungkan dengan corak grafik menarik di beberapa bahagian panel. Doxou menjadi antara moto Yamaha dan diambil daripada perkataan Jepun, 'Dokusou' yang bermaksud 'Menjadi kreatif dan mendahului orang lain.' Setiap unit turut disertakan dengan sijil pemilikan, visor sporty dan lencana Doxou. 

  • Harga asas: RM 11, 688
  • Unit tersedia: 5,000 unit

Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 07

Sekalipun diperkenalkan agak lewat, HLYM akhirnya memperkenalkan versi edisi terhad Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary bagi menyambut ulangtahun ke-60 jenama Jepun itu di arena sukan permotoran tahun lalu. Antara keistimewaan versi terhad ini adalah penggunaan warna putih jalur merah yang menjadi warna tradisi perlumbaan Yamaha.

Dan lebih istimewa, setiap pemilik juga akan menerima kotak set yang mengandungi sijil penghargaan, tumbler premium World GP 60th Anniversary, pin edisi istimewa dan rantai kunci premium.

  • Harga asas: RM 11, 688
  • Unit tersedia: 5,000 unit 

Yamaha 135LC Fi Special Edition 

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 08

Kepada yang mahukan kelainan, HLYM turut memperkenalkan Yamaha 135LC Fi Special Edition untuk kapcai klac automatik paling berkuasa di pasaran Malaysia ini. Bukan sekadar warna yang istimewa (Desert Storm) dengan corak grafik 'simple' dan rim berwarna gangsa, ia juga didatangkan dengan ciri tambahan iaitu bakul Yamaha 2 dalam 1 yang direka khas untuk penyimpanan tambahan.

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 09

Bakul ini memiliki ruang soket pengecas USB tertutup untuk perlindungan alatan mudah alih semasa ditunggang dan beberapa lagi perincian.

  • Harga asas: RM 8,198
  • Unit tersedia: Tidak terhad

SYM

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 10

SYM VF3i 185 LE

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 11

Antara kelainan SYM VF3i 185 LE seperti biasa adalah pilihan warna istimewa (Royal Orange) serta rim berwarna 'fluorescent green'. Selain itu, ia turut menjadi kapcai pertama yang mendapat penarafan 5 bintang Motorcycle Assessment Program Malaysia (MyMAP) kerana dilengkapi dengan brek yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 1 Saluran (roda hadapan).

  • Harga asas: RM 9,338
  • Unit tersedia: Tidak terhad

Benelli

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 12

Benelli R18i Special Edition

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 13

Untuk model yang RM 300 lebib mahal berbanding varian Standard, Benelli R18i Special Edition datang dengan ciri khas selain pilihan warna berbeza. Jika anda melihat Benelli R18i berwarna Biru, ia adalah model edisi istimewa. Aksesori tambahan yang dibekalkan adalah tuil brek dan klac yang boleh dilaras dan dibuat daripada aluminium.

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 14

  • Harga asas: RM 8,299
  • Unit tersedia: Tidak terhad

Suzuki

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 15

Suzuki Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 16

Sebagai model kapcai berprestasi dari Suzuki Malaysia, Suzuki Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah memang istimewa seperti namanya. Bergandingan dengan jaguh dua roda negara, Azlah Shah Kamaruzaman, ia diberikan pelbagai aksesori 'aftermarket' menarik daripada jenama terkemuka jenama Racing Boy.

Varian istimewa yang juga hasil kerjasama Amitec ini terhad kepada 300 unit sahaja dan setiap unit akan mempunyai lencana nombor keluaran eksklusif. Antara kelainannya adalah pelekat corak grafik khas dengan gambar tengkorak bertopi yang dengan huruf AS (Azlan Shah). Turut disertakan adalah lencana angka yang sinonim dengan Azlan iaitu '25'. 

Gemar kelainan? Ini 8 'kapcai' edisi terhad/istimewa yang ada di pasaran Malaysia ketika ini 17

Jauh lebih mahal berbanding varian Standard (RM 8,173), antara kelengkapan yang digunakan adalah suspensi monoshock belakang boleh laras, brek pam, brek kaliper, tuil brek dan klac, pelindung terotel, getah terotel, cermin sisi, tongkat, peg, hos brek stainless steel braided dan beberapa lagi. 

  • Harga asas: RM 11,988
  • Unit tersedia: 300

* Harga asas yang dimaksudkan adalah tanpa yuran pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda