window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

6 kereta manual terpakai ‘sting aku’ yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga murah

Faisal · Jul 17, 2021 06:00 PM

6 kereta manual terpakai ‘sting aku’ yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga murah 01

Zaman sekarang, kereta bertransmisi automatik telah buktikan bahawa ia lebih laju daripada manual. Tetapi satu-satunya aspek yang mana transmisi automatik tetap di belakang manual ialah dari segi pengalaman pemanduan.

Untuk maklumat anda, kereta manual bergantung sepenuhnya pada bakat pemandu. Secara tidak langsung, ia memberikan pengalaman yang jauh lebih mengasyikkan.

Juga bacaMengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi khas untuk mereka yang minat memandu kereta manual, inilah 6 jentera terpakai (tidak terlalu lama) yang masih boleh beli di Malaysia dengan harga yang cukup murah.

1. Proton Satria Neo CPS

6 kereta manual terpakai ‘sting aku’ yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga murah 01

Hatchback dua pintu ini adalah antara kereta ‘syok’ yang tidak akan memakan kos anda. Karakter pengendalian Proton Satria Neo CPS yang mantap tidak dinafikan memberi pengalaman pemanduan yang cukup menerujakan. Prestasinya mungkin tidak sehebat Satria Neo R3 tetapi ia tetap bukan sembarangan.

Juga bacaProton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat?

Kalau anda gatal juga, sokongan dari tuner handal boleh didapatkan dengan senang memandangkan ia kereta tempatan yang cukup popular.

Harga: RM 15,000 – RM 20,000

2. Honda CR-Z

6 kereta manual terpakai ‘sting aku’ yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga murah 02

Sekiranya ruang dan praktikaliti bukan keutamaan anda, apa kata cuba Honda CR-Z? Hatchback ala coupe ini tidaklah selaju penampilannya. Malah, ia juga tidak menjimatkan minyak seperti hibrid lain.

Juga bacaHonda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli ‘second hand’?

Tapi peduli apa kalau dah ada rupa yang cun macam ini kan? Lagipun ia tetap seronok untuk dipandu. Malah, trenkuasa dan suspensi Honda CR-Z mempunyai potensi yang cukup tinggi.

Harga: RM 40,000 – RM 55,000

3. Suzuki Swift Sport

6 kereta manual terpakai ‘sting aku’ yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga murah 03

Antara kereta yang paling menarik dalam senarai kami ialah Suzuki Swift Sport. Hothatch yang cilik ini mempunyai nisbah kelajuan yang amat ideal dan ia betul-betul rasa laju.

Juga bacaSuzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k – baik beli ni dari Myvi atau Iriz?

Pemanduannya bukan setakat menerujakan semata-mata, bahkan ia lebih dari praktikal sekiranya anda manfaatkannya secara harian.

Harga: ~RM 60,000

4. Renault Megane RS

6 kereta manual terpakai ‘sting aku’ yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga murah 04

Kereta terpantas dan paling ‘hot’ dalam senarai kami ialah Renault megane RS. Kalau anda nak tahu, ia adalah antara kereta pacuan roda depan terpantas di litar terkenal Nurburgring.

Walaupun sudah berusia 10 tahun, ia tetap nampak segar macam kereta baru. Pemegang rekod Nurburgring ni bukan calang-calang ya?

Harga: RM 70,000 – RM 120,000

5. Proton Iriz 1.6 Manual

6 kereta manual terpakai ‘sting aku’ yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga murah 05

Ini satu lagi kereta ‘best’ yang tidak akan pecahkan tabung simpanan anda. Walaupun prestasi bukan keutamaan, Proton Iriz tetap hebat untuk dipandu. Antara sebabnya ialah casis yang begitu meyakinkan dan talaan suspensi yang mantap.

Juga bacaProton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand!

Namun begitu, agak sukar untuk mencari Iriz Manual di pasaran terpakai. Tetapi kalau anda terjumpa, cepat-cepatlah sambar.

Harga: RM 25,000 – RM 30,000

6. Proton Inspira 1.8 Executive

6 kereta manual terpakai ‘sting aku’ yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga murah 06

Kalau anda boleh tahan dengan tomahan warganet yang sering mengatakan ia sebagai “Lancer fake”, Proton Inspira boleh menjadi pilihan yang cukup padu.

Juga bacaPanduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus?

Dari segi pemanduan, ia sebenarnya hampir menyeronokkan seperti senarai yang lain. Tambahan pula, ia amat mudah untuk dijaga. Tidak cukup dengan itu, ia sangat praktikal dan selesa untuk dipandu secara harian.

Harga: RM 27,000 – RM 30,000

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Renault Megane RS 280 Cup MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda