window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda

Faisal · Jul 31, 2021 06:00 PM

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 01

Bayangkan anda hendak beli kereta baharu yang menyeronokkan tetapi dalam masa yang sama, anda mahukan kereta yang praktikal dan bertransmisi manual.

Tup tup, terjumpa pula hothatch turbo seperti Renault Megane RS ataupun Volkswagen Golf GTI. Tapi bila anda fikir balik, belanja yang diperlukan sudah 2 kali ganda daripada bajet yang anda tetapkan.

Selepas itu, anda tinjaulah di pasaran terpakai sebab malas nak fikir benda-benda yang mahal. Jadi, apa pilihan yang ada? Untuk itu, kami akan senaraikan lima calon hatchback yang sesuai untuk anda beli tanpa menelan kos yang tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Proton Satria Neo

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 01

Satrio Neo mempunyai pelbagai edisi dan varian yang ‘limited’. Antaranya seperti Satria Neo R3 2008, R3 Clubsport, Satria Neo R3 Lotus Racing, dan Satria Neo R3 2011. Edisi terhad seperti yang disenaraikan berharga sedikit mahal kerana ia sememangnya… terhad.

Juga bacaTop 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik!

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 02

Atas: Satria Neo Lotus Racing, bawah: Satria Neo Clubsport.

Jadi, apa yang paling sesuai ialah Satria Neo CPS H-Line 2009. Model ini datang dengan enjin CamPro CPS dan ‘track’ yang lebih tirus berbanding varian bawah. Pada tahun 2013, Proton melancarkan Satria Neo R3 yang mana ia tampil dengan kosmetik berbeza supaya nampak macam Satria Neo R3 2011.

Juga bacaProton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat?

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 03

Satria Neo CPS H-Line.

Umumnya, Satria Neo merupakan pilihan yang agak bagus untuk anda mula jinakkan diri dalam dunia pengubahsuaian kereta kerana terdapat pelbagai alat ganti yang berprestasi tinggi.

Secara standard, enjin 1.6L CPS yang didatangkan menghasilkan 126 PS dan 150 Nm tork. Keluaran awal buat Satria Neo H-Line boleh dibeli dengan harga serendah RM 13,000. Satria Neo R3 yang dikeluarkan kemudian pula berharga sekitar RM 30,000.

2. Honda CR-Z

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 04

Dipasarkan sebagai “sports hybrid”, Honda CR-Z merupakan pengganti kepada legenda Honda CR-X yang terdahulu.

Dengan resepi tempat duduk 2+2 seperti sportscar, badan berbentuk coupe, dan pilihan transmisi manual 6 kelajuan, CR-Z di Malaysia terjual bagai pisang goreng panas.

Juga bacaBekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman!

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 05

Tetapi perlu dimaklumkan bahawa ia menggunakan enjin hibrid. Kami telahpun membuat kaji selidik mengenai kos pembelaan dan isu umum di sini. Secara keseluruhan, alat gantinya berharga sedikit mahal tetapi kebanyakan isu hanya berkait dengan jangka hayat sesuatu komponen, bukannya masalah kerosakan.

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 06

Kalau anda berminat, model facelift yang dilancarkan pada tahun 2013 adalah model yang terbaik kerana ia hadir dengan kuasa sebanyak 136 PS dan 190 Nm tork berbanding 124 PS dan 174 Nm tork yang ada pada model sebelumnya.

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 07

Butang Sport+ ditambah pada model facelift. Ala NOS katanya...

Namun begitu, Honda Malaysia menggugurkannya setahun selepas ia dilancarkan. Hal ini berkait rapat dengan insentif cukai kereta CBU yang berakhir sewaktu itu.

Apapun, model facelift dengan transmisi CVT boleh dibeli dengan harga serendah RM 43,000. Pilihan transmisi manual pula berharga sekitar RM 52,000.

3. Suzuki Swift Sport

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 08

Hatchback ini merupakan kereta yang cukup cilik dan menyeronokkan. Ditambah pula dengan enjin yang begitu syahdu, pengalaman pemanduannya sangatlah mengasyikkan.

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 09

Suzuki Swift Sport dikuasakan oleh enjin M16A 1.6L 4 silinder yang menghembuskan 136 PS dan 160 Nm tork. Walaupun angka ini tidak mengagumkan, enjinnya tetap memiliki karakter yang unik. Dengan gabungan transmisi manual 6 kelajuan, pengalaman pemanduan Swift Sport mampu buatkan anda teruja untuk melayan jalan raya kita.

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 10

Suzuki Swift Sport terpakai kini boleh dibeli dengan harga serendah RM 50,000. Kalau anda nak tahu, varian manual lebih ‘rare’. Jadi, harganya lebih mahal daripada varian CVT. Anda boleh dapatkan panduan membeli Suzuki Swift Sport secara terpakai di sini.

4. Renault Clio RS 200 EDC

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 11

Hatchback ini sebenarnya agak unik. Hanya orang yang terpilih sahaja dapat meminatinya.

Menariknya, Renault Clio RS 200 ini dikuasakan oleh enjin MR16 1.6L turbo buatan Nissan. Hembusan tenaga sebanyak 200 PS dan 240 Nm tork dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan ‘Efficient Double-Clutch’. Pecutan 0-100 km/j pula hanya mengambil masa selama 6.7 saat.

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 12

Selepas dilancarkan ke pasaran kita, Renault Malaysia terus memuat naik satu video mengenai Clio RS 200 EDC yang melengkapkan satu pusingan litar Sepang dalam masa 2 minit 48 saat sahaja.

Untuk maklumat anda, Clio RS 200 merupakan model RS Renault pertama yang datang dengan transmisi automatik.

Walaupun dianggap kurang rancak, sistem Electronic Damper Control (EDC) yang dilengkapkan turut menawarkan pemanduan harian yang jauh lebih selesa.

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 13

Clio RS 16 Concept sebelum terhasilnya Clio RS 200.

Antara ciri unik yang ada ialah R-Sound Effect. Teknologi ini melontarkan bunyi tiruan supaya Clio anda berbunyi seperti Nissan GT-R ataupun kapal angkasa.

Sekiranya anda tidak terpukau, sistem ekzos di kedai luar boleh buatkan Clio anda berbunyi seperti Mercedes A45, terutamanya dalam mod launch control.

Sewaktu dilancarkan pada tahun 2014, Clio RS 200 EDC ditawarkan pada harga RM 172,000. Kini, anda boleh membelinya dengan harga serendah RM 65,000 sahaja.

5. Renault Megane RS 250 (Megane III)

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 14

Renault RS 250 Cup.

Senarai hatchback yang lazat tidak lengkaplah kalau tiada legenda seperti Renault Megane RS.

Hothatch ini terkenal sebagai pemecah rekod kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas di litar Nurburgring. Disebabkan itu, Megane RS sering disanjung oleh peminat-peminat kereta.

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 15

Edisi pertama yang diperkenalkan ke pasaran Malaysia ialah RS 250 Cup yang mana ia dilancarkan sekitar tahun 2010. RS 250 Cup Special Edition pula beransur pada tahun 2012.

Tidak lama selepas itu, RS 265 Cup dan RS 265 Trophy juga ditawarkan ke pasaran kita. Uniknya, Megane RS RB7 dan RB8 yang masing-masing terhad kepada 5 dan 10 unit turut hadir di pasaran Malaysia.

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 16

Kiri: RB8, kanan: RB7.

Dah macam terlalu banyak edisi pula kan? Untuk model facelift, Renault Malaysia hanya tawarkan RS 265 Sport dan RS 265 Cup. TIdak lama kemudian, Megane RS 275 Trophy-R turut dilancarkan.

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 17

Kiri: RS 265 facelift, kanan: RS 265 pra-facelift.

Secara standard, kesemua varian ataupun edisi dikuasakan oleh enjin F4RT 2.0L turbo dengan pelbagai jenis output. Ia hanya dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan. Malah, semua model juga lengkap dengan ciri limited-slip differential, kecuali Megane RS 265 Sport.

5 hatchback ‘padu’ yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda 18

Dalam pasaran terpakai, Megane RS 250 bermula dengan harga serendah RM 70,000. Tetapi perlu kami maklumkan bahawa RS 265 agak sukar untuk dicari. Kalau jumpa, cepat-cepatlah sambar.

Jadi, inilah 5 pilihan hatchback menarik yang anda boleh beli tanpa perlu berbelanja terlalu banyak. Di antara semua, yang mana paling anda minat?

Juga baca6 kereta manual terpakai ‘sting aku’ yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga murah

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Suzuki Swift Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda