window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja!

Haris Β· Jul 4, 2021 10:00 AM

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 01

Sesetengah kereta hanya mampu dinilai oleh kaca mata peminatnya sahaja. Tidak kiralah usia kereta tersebut sudah mencecah 2 angka atau rekaannya nampak bosan, hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam.

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 02

Bajet sebanyak RM 70k adalah bajet yang agak besar, malah untuk kereta terbaik dalam bajet tersebut - Perodua Ativa adalah jawapan pertama yang terlintas. Di sini kita kupas mengenai beberapa buah kereta terpakai pada harga Ativa tetapi praktikal dan masih mampu menaikkan nafsu pemanduan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Wira 1.8 EXi C99 'Tiang Gol'

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 01

Senarai pertama ini datang dari Malaysia. Proton Wira 1.8 EXi ini dikenali dengan spoiler 'Tiang Gol' pada bonet belakang. Ia diresapi dengen genetik sukan permotoran dan hanya dikeluarkan sebanyak 2,500 unit sahaja. Status lagenda kereta ini dikuatkan lagi oleh Michael Schumacher yang pernah memandu kereta ini.

Michael Schumacher with Proton Wira C99

Gambar yang cukup terkenal

Proton Wira 1.8 EXi dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.8 liter 4G93P (140 PS, 167 Nm) yang dipasangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Namun apa yang membuatnya lebih mantap ialah kerangka badannya telah dikuatkan dengan penambahan 20 poin kimpalan sirat berganda (double stitch weld) dan palang pengukuh (reinforcement bar) bagi menguatkan struktur dan mengurangkan oleng badan (body roll) ke jumlah yang minima.

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 03

Hadir dalam bentuk 4 pintu sedan, Proton Wira Tiang Gol yang ikonik ini sesuai untuk digunakan untuk keseronokan pemanduan dan juga mesra praktikaliti keluarga. Agak sukar ditemui dalam pasaran terpakai, sebuah Proton Wira Tiang Gol kini boleh ditemui pada harga serendah RM 18,000 - yang tertera ini malangnya tiada spoiler Tiang Gol.

Toyota Corolla AE101/111 SEG

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 01

Toyota Corolla ini mungkin nampak kurang mengancam. Dengan hanya pilihan enjin 1.3 liter 4E-FE manual (94 PS, 111 Nm) atau 1.6 liter 4A-FE automatik (115 PS, 136 Nm) ia kedengaran seperti model biasa sahaja.

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 02

 Sumber foto

Namun, Toyota Corolla AE101/111 SEG ini adalah sedan terbaik jika anda mahu bertukar kepada enjin lagenda 4A-GE 20 injap (Silvertop: 157 PS, 162 Nm. Blacktop: 162 PS, 162 Nm). Enjin lagenda ini terpasang pada model AE101/111 coupe justeru sedan yang sudah 'disalin enjin' pastinya mudah dan boleh didapati serendah RM 16k.

TRD 2000 interior and steering

Mungkin, ini adalah sleeper car terbaik jika anda mahukan sebuah model yang mampu 'tapau' Perodua Myvi di atas jalanraya. Dengan rupa pakcik-pakcik, tiada pemandu lain yang boleh menjangkakan kebolehan dan kelajuan anda!

Toyota Altezza SXE10

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 04

Rekaan yang bergaya. Kredit gambar

Toyota Altezza adalah sebuah sedan yang tidak asing lagi dengan peminat kenderaan prestasi. Sedan enjin hadapan dengan pacuan roda belakang ini memberikan casis yang seimbang, suatu idaman bagi ramai peminat kereta. 

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 05

Toyota Altezza di Malaysia kebanyakannya dilengkapi dengan enjin 4-silinder 2.0 liter 3-GE (210 PS, 216 Nm) dengan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 5-kelajuan. Spesifikasi ini sahaja sudah cukup membuatkan Toyota Altezza sedap dipandu namun potensinya tidak cukup sekadar ini sahaja.

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 06

Kokpit yang berorietasikan pemandu

Pemilik juga boleh memilih untuk menyalin enjin yang ada dengan 1 lagi enjin lagenda. Kali ini, enjin pilihan adalah enjin 6-silinder 1JZ / 2JZ-GTE (1JZ: 280 PS, 360 Nm. 2JZ: 280 PS, 451 Nm) dari Toyota. Peminat JDM mesti tahu mengenai status enjin ini yang cukup berkuasa dan tahan lasak malah 2JZ-GTE turut dilengkapi pada Toyota Supra A80.

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 07

Ruang dalaman Toyota tipikal

Model Toyota Altezza dengan enjin 3S-GE masih boleh didapati pada harga sekitar RM 40,000 - RM 50,000 namun sediakan bajet sehingga RM 70,000 untuk menukar kepada enjin 1JZ / 2JZ-GTE. Ini sebuah lagi sleeper car untuk tapau Perodua Myvi, atau Proton Wira convert.

Suzuki Swift Sport ZC32S

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 01

Suzuki Swift Sport sangat sedap dipandu, salah seorang penulis kami memilih untuk membeli kereta ini. Ia juga model yang lebih baharu berbanding 3 model yang disenaraikan di atas.

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 02

Varian manual

Enjin 4-silinder 1.6 liter M16A, bukan enjin paling berkuasa (136 PS, 160 Nm) tetapi ia ditala dengan sangat baik, melonjak dan suka mencecah putaran (rev) maksimum. Untuk lebih keseronokan, cari transmisi manual 6-kelajuan yang menjadikan Suzuki Swift Sport ini lebih sedap dan intuitif.

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 03

ruang but yang terlalu kecil

Sebagai hatchback 4-pintu, Suzuki Swift Sport tidak berkompromi dengan praktikaliti kenderaan penumpang. Sayangnya, saiz ruangan bonet belakang hanyalah 210 liter sahaja. Model ini boleh dibeli pada harga sekitar RM 60k untuk transmisi manual atau automatik CVT tetapi tentunya model manual sedikit sukar untuk dicari.

Mazda 3 BM/BN

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 04

Seperti yang ramai sedia maklum, Mazda terkenal dengan falsafah Jinba Ittai (unity of horse and rider) yang menjamin kepuasan pemanduan. Untuk itu, pilihan daripada Mazda untuk senarai ini adalah Mazda 3 generasi BM/BN ini yang pastinya sesuai bagi peminat Mazda.

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 05

model Mazda 3 hatchback

Dari aspek mekanikal, kesemua varian menggunakan enjin 4-silinder 2.0 liter SkyActiv (162 PS, 210 Nm) dengan padanan transmisi automatik 6-kelajuan. Untuk kemudahan keluarga, anda boleh memilih sedan berbanding hatchback tetapi sebenarnya, anda tidak salah untuk memilih mana-mana pun.

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 06

Masih terasa moden

Dalam sebuah kabin yang berpusat kepada pemandu, Mazda 3 generasi ini mungkin tidak terasa begitu luas. Namun kekurangan ini bukan suatu isu yang besar, malah ia turut disudahi dengan kemasan yang berkualiti. Model spesifikasi tertinggi, pra-facelift tahun 2015 boleh dimiliki serendah RM 69k, membolehkan ia tersenarai dalam senarai ini.

Konklusi

TRD 2000 front

Jika anda mahukan kereta yang praktikal, boleh digunakan harian tetapi mampu mengukir senyuman apabila memandu, apa kata pertimbangkan 5 senarai kenderaan ini? Nak buat sleeper car pun boleh, nak nikmati stok standard pun boleh. Terpulang masing-masing,

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 08

Siapa tahu, mungkin sesetengah model yang disenaraikan ini mampu mengekalkan nilai jualan semula yang tinggi di masa hadapan? Ini tidak dinafikan dengan model seperti Toyota AE86 ataupun Honda Civic EK9 yang kini naik mencanak. Siapa sangka dahulu Toyota AE86 hanya serendah RM 29,500?

Baca Lagi:

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay?

Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

5 kereta 4-pintu bawah RM 70k untuk peminat kereta yang terpaksa pilih 1 kereta sahaja! 09

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Swift Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda