Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay?

Haris · Oct 21, 2020 08:00 PM

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 01

Suzuki Swift terkenal sebagai sebuah hatchback kecil yang seronok dipandu tanpa banyak kerenah penjagaan. Kereta ini ringan dan laju, menjadi pilihan beberapa pengamal media dalam bidang automotif.

Oleh itu, apa yang perlu anda tahu sebelum membeli Suzuki Swift?

Generasi Suzuki Swift

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 01

Suzuki Swift generasi ZC21 membuat kemunculan sulungnya di Malaysia pada tahun 2005, dilengkapi dengan enjin petrol 1.5 liter dengan gandingan transmisi automatik 4-kelajuan. Enjin ini mampu menjana sehingga 100 PS kuasa kuda dan 133 Nm tork.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 02

Suzuki Malaysia juga menawarkan Suzuki Swift Sport yang lebih sporty, dikuasakan oleh enjin petrol 1.6-liter yang menjana sehingga 125 PS kuasa kuda dan 148 Nm tork. Suzuki Swift Sport boleh didapati dengan transmisi automatik empat kelajuan atau manual lima kelajuan.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 03

Setelah diperkenalkan pada tahun 2005, Suzuki Swift dan Suzuki Swift Sport pada mulanya diimport (CBU) dari Jepun manakala pemasangan tempatan (CKD) Suzuki Swift bermula pada tahun 2007. Suzuki Swift Sport pula kekal dengan status CBU.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 04

Suzuki Swift menerima sejumlah perubahan sepanjang hayatnya di Malaysia. Perubahan penting pertama datang pada tahun 2008 ketika model baharu menerima pembaharuan gaya, bumper depan dan belakang yang lebih menarik dan lampu belakang baru.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 05

Keyless tetapi masih perlu putar

Setahun kemudian pada tahun 2009, Suzuki Swift menerima kemas kini lain, kali ini Suzuki Malaysia memberikan hatchback segmen B kecil sistem kemasukan tanpa kunci baru dan cermin sisi dengan lampu signal terbina.

Tahun 2011 menyaksikan pengenalan 2 kemaskini pada Suzuki Swift. Kemaskini pertama adalah varian 1.5 GLX baru yang menampilkan reka bentuk yang diilhamkan oleh Suzuki Swift Sport, menggabungkan bumper depan dan belakang baru serta lampu belakang baru. Suzuki Swift ini juga menerima penutup enjin baru, mirip Suzuki Swift Sport yang lebih mahal.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 06

Berikutan pengenalan Suzuki Swift 1.5 GLX, Suzuki Malaysia juga memperkenalkan Suzuki Swift 1.5 GX yang lebih murah beberapa bulan kemudian - sebenarnya ia adalah sebuah Suzuki Swift biasa dengan potongan harga. 

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 07

Dalam usaha untuk mengekalkan harga rendah (RM 65,888 vs RM 75,788), beberapa kelengkapan digugurkan iaitu lampu kabus depan, paparan pelbagai maklumat (diganti dengan jam), sandaran kepala belakang, empat pembesar suara (sekarang hanya dengan dua pembesar suara), sistem audio dengan kawalan pada stereng (diganti dengan head unit DIN tunggal), penutup bonet belakang dan wiper belakang.

Walaupun begitu, ia masih mempunyai beg udara berkembar, ABS, EBD dan BA.

Adakah Suzuki Swift bermasalah?

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 08

Suzuki Swift memang seronok untuk dipandu namun bakal pemilik masih perlu memerhatikan beberapa perkara ini dengan lebih teliti.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 09

Pengalaman peribadi: dah tukar 2 rak stereng!

Isu pertama adalah rak stereng. Walaupun tidak benar-benar mengancam nyawa, rak stereng Suzuki Swift memiliki tabiat buruk iaitu lama kelamaan kedengaran bunyi ketukan yang menjengkelkan selama bertahun-tahun. Bunyi tersebut akan lebih jelas apabila melalui permukaan jalan yang teruk.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 10

Selain itu, perhatikan juga getah gasket untuk variable valve timing (VVT) actuator. Cara termudah untuk melihatnya adalah dengan melihat ruang enjin. Kebocoran minyak di sebelah pemandu adalah kemungkinan kerosakan gasket. Jangan risau kerana alat ganti ini murah sahaja.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 11

Hos, hos, hos. Kredit gambar: TY Koh

Selain itu, memandangkan usia Suzuki Swift yang lanjut, anda juga perlu memeriksa keadaan hos. Salah satu hos yang dimaksudkan adalah hos untuk pancutan air cermin belakang, Hal ini kerana hos getah dan sambungan plastik akan rapuh dimamah usia. Kebocoran air di dalam kereta bukanlah sesuatu yang patut dipandang mudah.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 12

Perkara lain yang perlu diingat adalah bahawa alat ganti mungkin sukar didapati, memandangkan Suzuki Malaysia telah ditutup di Malaysia. Ada kemungkinan mencari alat ganti di bengkel terpilih, tetapi hasilnya mungkin berbeza.

Secara peribadi, penulis mempunyai kenalan biasa untuk barang yang haus dan juga alat ganti, oleh itu, jalinan hubungan yang baik sangat penting untuk tujuan ini.

Model yang paling sesuai?

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 13

Melihat kepada aspek mekanikal dan keselamatan Suzuki Swift generasi ZC21 yang hampir tidak berubah selama bertahun-tahun (2005 hingga 2012), model apa pun sesuai dengan bajet anda sebenarnya.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 14

Namun, jika anda lelaki sebenar yang memandu dengan 3 pedal, maka satu-satunya pilihan anda ialah Suzuki Swift Sport generasi ZC31.

Harga terpakai?

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 15

Harga bermula dari RM 15k untuk model tahun 2005, sementara model terbaru tahun 2012 dijual sekitar harga RM 23k.

Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan Suzuki Swift Sport, sedia untuk membayar lebih RM 30k seunit. Jika anda menemui Suzuki Swift Sport berharga dalam julat RM 25k mungkin ia sekadar convert Suzuki Swift biasa, jadi hati-hati dengan harga tersebut.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 16

Perlu diingat bahawa harga yang anda lihat di Mudah bukanlah harga akhir. Baca caj-caj tersembunyi yang dikenakan oleh penjual kereta terpakai dalam artikel ini.

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 17

Kalau boleh, kami mengesyorkan bakal pembeli untuk membeli secara terus dari pemilik. Hal ini kerana ia adalah kaedah terbaik untuk mengelakkan caj tersembunyi dan meter yang dipusing semula. Rekod servis penuh adalah bonus tambahan.

Apa yang perlu diperiksa atau diperhatikan?

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 18

Seperti kereta terpakai yang lain, periksa dan lihat kali terakhir kereta tersebut diservis. Bukan hanya minyak enjin tetapi juga setiap cecair yang diperlukan, termasuklah minyak gearbox, penyejuk radiator dan minyak brek.

Pada masa yang sama, periksa dan lihat sama ada kereta tersebut pernah mengalami banjir atau kemalangan.

Kesimpulan

Panduan kereta terpakai: Suzuki Swift ZC21, varian dan model mana yang paling okay? 19

Walaupun Suzuki Swift adalah merupakan kereta yang agak lama mengikut standard hari ini, sukar untuk mencari kereta lain dalam julat harga ini yang mampu menawarkan tahap dinamik pemanduan yang sama. Senang cerita, ia adalah ‘yuran paling murah’ untuk sebuah pengalaman pemanduan yang seronok.

Kami sedar bahawa usia sedang mengejar Suzuki Swift tetapi seperti mana-mana kereta, dengan jumlah penyelenggaraan dan servis yang tepat, ia masih boleh diharapkan. Kami tahu kerana kami sendiri memilikinya.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Suzuki Swift International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru