window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi?

Haris · Jul 3, 2021 02:00 PM

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 01

Apabila Honda Malaysia rasmi mengumumkan harga Honda City RS yang melebihi paras RM 100k, tentunya ramai pihak yang membandingkan harga tersebut dengan model yang lebih baik.

Untuk itu, pilihan sedan terpakai yang menerpa untuk harga sekitar RM 100k adalah Mazda 3 sedan High tahun 2018 generasi BM.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengapa tidak? Kedua-duanya adalah sedan dan harga adalah aspek paling penting untuk pembeli di Malaysia. Di sini kita bincangkan.

Sedikit latarbelakang

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 01

Ketika Mazda 3 generasi BM pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2014, ia hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja (sedan Mid) dengan status CBU.

Tidak lama kemudian, model CKD ditawarkan pada tahun 2015 dan hadir dengan lebih banyak varian (termasuk hatchback) dan ciri kelengkapan. Pada tahun 2017, Mazda 3 facelift tampil dan akhirnya digantikan dengan model serba baru pada tahun 2019.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 02

Varian hathcback

Kesemua varian dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.0 liter NA Skyactiv-G (164 PS, 210 Nm) yang digandingkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 03

Barisan Honda City generasi GN serba baru pula dan lebih mudah difahami dengan 4 varian pilihan.

2 pilihan enjin ditawarkan iaitu enjin 4-silinder 1.5 liter NA (121 PS, 145 Nm) dengan transmisi CVT atau enjin hibrid e:HEV i-MMD (109 PS, 253 Nm) yang digandingkan dengan transmisi e-CVT.

Perincian varian dan enjin boleh dilihat dalam jadual di bawah.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 04

Model Honda City RS yang tampil sebagai varian paling tinggi telah melepasi paras harga RM 100k. Ia sememangnya menjadi bualan ramai dan harga tersebut meletakkannya sebaris dengan pesaing sedan dalam 1 segmen atas.

Kabin dalaman

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 01

Cukup berbasa-basi, Mazda 3 sedan mempunyai rekaan kabin dalaman yang berfalsafah. Ia terasa lebih premium, erat dan sangat sesuai bagi mereka yang lebih gemar memandu.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 02

Untuk orang kebiasaan, ruang pada Mazda 3 sedan ini jelas terasa sedikit sempit. Oleh sebab itulah harganya jatuh ke kawasan RM 100k satu segmen bawah, sama mahal dengan sasaran harga Honda City RS. Ruangan but pula kecil berkapasiti 408 liter.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 03

Ruang kabin dalaman Honda City

Honda City pula sudah sekian lama terkenal dengan pakej kabin dalaman yang bijak. Bijak yang dimaksudkan adalah dari segi susun atur yang memaksimumkan penggunaan ruang baris pemandu dan baris penumpang. Pendek kata, anda tidak akan salah memilih Honda City jika praktikaliti menjadi aspek utama anda.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 04

Honda City bukan hibrid berkapasiti 519 liter 

Sayangnya, Honda City RS hanya mempunyai kapasiti but belakang sebanyak 409 liter (varian lain berkapasiti 519 liter) disebabkan oleh ruang yang digunakan untuk bateri hibrid. Ini meletakkannya setara dengan ruang but belakang Mazda 3 sedan. Namun begitu, Honda masih menang untuk ruang kabin dalaman.

Keputusan: Honda City RS lebih mesra keluarga, Mazda 3 mesra pemandu.

Kos-kos pemilikan

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 05

Sebagai sebuah sedan segmen C, Mazda 3 memerlukan kos penjagaan yang lebih tinggi. Namun adakah perbezaan kos ini setara dengan kos menyelenggara enjin hibrid pada Honda City RS?

Kos Pemilikan
Model Mazda 3 Honda City RS
Cukai jalan (RM) 379 90
Tayar (1 unit) (RM) 343 201
Servis
10,000 km (RM)
N/A 147

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 06

Honda juga masih belum mengumumkan harga rasmi bagi penukaran bateri Honda City RS. Harga penukaran bateri hibrid menjadi igauan pemilik kenderaan hibrid kerana ia memakan kos sehingga 5 ke 6 angka.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 07

Tambahan pula, kos penggantian tayar untuk Mazda 3 adalah lebih tinggi kerana ia menggunakan tayar 18-inci (215/45 R18) berbanding Honda City RS yang menggunakan tayar 16-inci (185/55 R16).

Honda City RS baru juga hadir dengan 5 kali servis percuma (caj pemasangan) apabila anda servis di pusat servis Honda.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 08

Mazda pula menawarkan servis percuma 3 tahun (terbaru 5 tahun) yang meliputi caj pemasangan, alat ganti dan minyak hitam. Semak dengan penjual sekiranya Mazda 3 anda masih dalam tempoh servis percuma ini. 

Keputusan: Honda City lebih murah untuk penyelenggaraan rutin tetapi harga bateri masih menjadi tanda tanya besar.

Ciri kelengkapan

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 09

Walaupun lebih lama dalam pasaran berbanding Honda City, ini tidak bermakna Mazda 3 tidak dilengkapi dengan ciri-ciri moden yang setanding. Atau, benarkah begitu?

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 10

Oleh yang demikian, apa kata kita semak ciri kelengkapan yang ada dalam kedua-dua model varian paling atas; sebagai perbandingan.

Perbandingan Ciri Kelengkapan
Model Mazda 3 Honda City
Heads-up display
Corong penyaman udara baris belakang
Blind spot monitor
Adaptive Cruise Control
Lane Departure Warning
Lane Keep Assist
AEB
Android Auto /
Apple CarPlay
Bumbung suria
Lampu LED

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 11

Mazda 3 mempunyai pilihan untuk menambah fungsi Android Auto dan Apple Carplay dengan sedikit bayaran.

Honda City RS masih mendahului dari segi kelengkapan walaupun bersaing dengan model 1 segmen atas. Semak semula ciri mana yang penting untuk anda.

Keputusan: Mazda 3 masih dilengkapi ciri yang penting dan masih kompetitif.

Sensasi pemanduan

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 01

Mazda 3 menawarkan sensasi pemanduan yang lebih baik berbanding Honda City RS. Dengan kabin dalaman yang sangat akrab, falsafah Jinba Ittai (penyatuan kuda dan penunggang) yang menjadi asas model Mazda hanya mampu dihargai oleh pemandu yang berpengalaman.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 02

Kesemuanya lancar di dalam sebuah Mazda. Ia dibangunkan berasaskan pemandu (posisi duduk, posisi mata ketika memandu, tahap oleng badan, respon stereng dan pedal), bukannya seperti pengeluar lain yang meletakkan matlamat seperti jimat minyak, praktikal dan sebagainya sebelum membangunkan sebuah kenderaan.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 03

Teknologi G-Vectoring Control (GVC) juga memberikan keseinambungan yang lancar ketika memandu, mencapai satu tahap kepuasan pemanduan yang lebih tinggi berbanding Honda City RS.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 04

Honda City tidaklah begitu teruk dalam aspek ini. Ia dipandu lebih baik berbanding Toyota Vios atau Proton Persona cuma masih belum mencapai tahap kelancaran sebuah Mazda.

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 05

Selepas beberapa aspek yang dimenangi oleh Honda City RS, satu-satunya aspek besar yang mampu mengubah pandangan seorang peminat kereta masih dijuarai oleh Mazda 3.

Keputusan: Mazda 3 dengan sensasi pemanduan yang lebih baik, Honda City sekadar pakej yang bagus, bukan terbaik.

Konklusi

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 06

Harga mungkin memainkan peranan yang besar di sini. Kos pemilikan juga adalah aspek yang perlu diperhatikan. Malangnya, kedua-dua model ini tidak tampil dengan perincian kos pemilikan yang lebih mendalam.

Berbalik kepada pengguna, adakah 'baru lebih baik' pada pendapat anda?

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 07

Tambahan lagi, demografi pembeli juga merupakan salah satu faktor yang perlu dilihat. Adakah anda pembeli baru, mahukan sebuah kenderaan keluarga atau anda seorang pengguna kereta yang sudah berpengalaman dan lebih jelas dengan apa yang dimahukan?

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 08

Atau anda juga boleh bertanyakan soalan begini; untuk sebuah kereta berharga sekitar RM 100k, berapa lama model ini boleh digunakan? Mana yang ada nilai jualan semula yang lebih tinggi? atau selepas 5 tahun, adakah anda pilih untuk menjual atau kekal menggunakan kenderaan sama?

Bacaan Lanjut:

Kenapa Mazda 3 jauh lebih mahal daripada Honda Civic/Toyota Corolla Altis?

Honda City RS 2020: rupanya 'maintain' hibrid Honda tak mahal, cuma lebih RM 56 berbanding varian V!

Rebiu: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia

Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi? 09

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda