window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat?

Haris · Dec 28, 2020 08:00 PM

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 01

Proton Satria Neo adalah sebuah kereta ikonik hasil daripada kejuruteraan sepenuhnya oleh Proton. Kehadiran Proton Satria Neo menyimbah api patriotik dalam hati rakyat Malaysia yang membara ketika itu.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Disasarkan untuk golongan muda yang ranggi, hatchback 2 pintu ini pantas mendapat sambutan yang hangat. Ia juga satu-satunya model Proton yang dijual di Jepun.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 01

Sehingga ke hari ini, sambutan tersebut masih mengekori Proton Satria Neo. Ia sukar untuk dipadamkan justeru itu ini adalah panduan membeli Proton Satria Neo secara terpakai!

Generasi Satria Neo

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 02

Model 1.6 liter pasaran UK

Proton Satria Neo yang paling awal dilancarkan pada tahun 2006. Ia ditawarkan dalam 3 varian dan 2 pilihan enjin. Varian pengenalan iaitu B-Line menggunakan enjin empat silinder sebaris 1.3 liter Campro twin-cam yang menghasilkan sebanyak 95 PS kuasa kuda dan 120 Nm tork.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 03

Varian M-Line. Gambar oleh CarThrottle

Varian pertengahan dan atas (M-Line dan H-Line) menggunakan enjin spesifikasi yang sama, hanya peningkatan kapasiti iaitu 1.6 liter yang mampu mengeluarkan sebanyak 112 PS kuasa kuda dengan tork sebanyak 148 Nm.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 04

Pada bulan Februari 2009, Proton melancarkan Satria Neo CPS, menggantikan varian paling atas H-Line. Ia dilengkapi dengan body kit dan spoiler gaya agresif yang memberi penghormatan kepada Satria GTi.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 05

CPS bermaksud Cam Profile Switching iaitu sistem yang diaktifkan pada 4,400 rpm pada enjin Campro 1.6 liter terbaru. Penambahbaikan yang lain yang boleh didapati adalah peningkatan kuasa kuda kepada 127 PS.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 06

Tahun 2010 menjadi kemuncak Proton Satria Neo dengan pengeluaran Proton Satria Neo R3 Lotus Racing yang berharga RM 115,000. Ini adalah model Proton Satria yang paling dicari-cari sehingga kini.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 07

Pada tahun 2012, Proton telah mengeluarkan Proton Satria Neo R3 yang merupakan Satria Neo R3 Lotus Racing yang dikurangkan spesifikasinya untuk menjadikannya lebih mampu milik.

Proton Satria akhirnya dihentikan pengeluaran pada tahun 2015.

Masalah Proton Satria Neo

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 08

Gambar oleh G Car Care

Generasi terawal Proton Satria Neo kini sudah berumur 14 tahun. Jika ada pilihan, cari model yang lebih terkini seperti Proton Satria Neo R3.

Hal ini kerana enjin CamPro pra-CPS dikatakan mempunyai masalah torque dip dan perkara ini telah diselesaikan pada enjin CamPro CPS. Terdapat juga sesetengah pemilik yang mengalami masalah fuel pump dan water pump.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 09

Perhatikan tanda-tanda bagi masalah kereta lama seperti bushing, shock absorber, engine mounting, kebocoran enjin dan kebocoran air (water leaking issue). Masalah-masalah ini tidak begitu kritikal dan masih boleh diperbetulkan dengan bantuan kewangan.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 10

Masalah utama Proton Satria Neo adalah menemui model ini yang berada dalam keadaan standard. Profail pemilik yang muda menjadikan model ini banyak dilenjan dan dimodifikasi. Lain pemilik lain citarasa.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 11

Terdapat banyak bengkel di luar sana yang mampu menyelenggara Proton Satria Neo cuma sediakan sahaja bajet. Alang-alang menukar, tukar sahaja terus kepada komponen yang lebih berkualiti, prestasi atau perlumbaan.

Saranan dan tips membeli

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 12

Enjin - Pastikan tiada kebocoran minyak hitam di sekeliling head engine. Jika ada maka head gasket perlu di tukar. Kemudian buka radiator, jika radiator berwarna kehijauan maka kereta ini masih menggunakan coolant asal. Namun jika air di radiator berwarna teh susu, maka top overhaul diperlukan kerana minyak engine telah bercampur dengan coolant.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 13

Transmisi - Jika pandu uji ada sedikit tersengguk-sengguk, periksa kotak gear. Besar kemungkinan, overhaul diperlukan.

Pastikan jarak perbatuan kereta kena dengan keadaan kereta. Lihat sejarah servis kereta jika ada.

Pilih model generasi CPS ke atas kalau boleh. 

Varian H line hanya ditawarkan pada model CPS bermula tahun 2009. Beza H-line dengan M-line adalah tambahan dual airbags, cruise control, ABS dengan EBD dan tempat duduk kulit.

Kesimpulan

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 14

Sebagai sebuah model yang popular, Proton Satria Neo membanjiri pasaran terpakai secara umumnya. Ini memberikan lebih pilihan kepada peminat kereta ini dengan komponen dan alat ganti yang masih boleh didapati.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 15

Cuma jangan jangkakan terlalu banyak dari Proton Satria Neo. Anda sedang membeli sebuah model Proton yang sedang bergelut pada ketika itu maka jangkakan kualiti pada era tersebut. Tidak dilupakan keluhan ‘biasa’ yang menyatakan bahawa kereta ini kuat makan minyak.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 16

Populariti Proton Satria Neo kadangkala mengaburi penjual dan pembeli yang berminat dengan kereta ini. Waspada juga dengan risiko kecurian kerana model ini agak panas. Ia mungkin tidak termasuk dalam 10 kereta paling banyak dicuri tetapi risikonya masih tinggi.

Proton Satria Neo - hatchback 2 pintu pujaan ramai kini sekitar RM 30k, berminat? 17

Tahukah anda pemilik Proton Satria Neo ini?

Jadi, apa lagi perincian tentang Proton Satria Neo yang kami terlepas pandang? Nyatakan di bahagian komen dan kami akan kemaskini artikel ini dengan nama anda.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda