window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Giliran Fabio Quartararo takluk Qatar, Rossi kecewa di tangga ke-16!

Khairil ยท Apr 5, 2021 10:00 AM

Giliran Fabio Quartararo takluk Qatar, Rossi kecewa di tangga ke-16! 01

Yamaha menerusi pasukan utamanya, Monster Yamaha MotoGP terus menguasai pentas podium di Losail apabila menjuarai GP Doha yang dimenangi Fabio Quartararo, tengah malam tadi.

Ia adalah kemenangan pertama pelumba kelahiran Perancis itu bersama pasukan baharunya selepas meninggalkan pasukan Petronas Yamaha SRT musim lalu.

Giliran Fabio Quartararo takluk Qatar, Rossi kecewa di tangga ke-16! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekalipun pada satu ketika ketinggalan, pelumba berusia 21 tahun itu berjaya menggunakan segala kelebihan yang dimiliki jentera Yamaha sebelum melepasi garisan penamat dengan kelebihan +1.457 saat di depan Johann Zarco (Pramac Ducati).

Giliran Fabio Quartararo takluk Qatar, Rossi kecewa di tangga ke-16! 01

Rakan sepasukan Zarco yang juga 'muka baharu' di MotoGP, Jorge Martin melengkapkan kedudukan podium.

"Saya rasa kemenangan ini memberikan saya lebih kayakinan berbanding kemenangan pada tahun lalu kerana saya perlu mengejar jauh dari belakang," kata Quartararo. "Ketika ujian, ia amat sukar kerana saya rasa 'woah', kerana Ducati amat pantas di laluan lurus serta amat laju dan pasti sukar untuk menewaskan mereka.

Giliran Fabio Quartararo takluk Qatar, Rossi kecewa di tangga ke-16! 02

"Tetapi sebenaranya kamu perlu melihat kepada kamu sendiri dan cuba untuk menjadi sebaik yang mungkin, dan ia adalah apa yang kami lakukan pada hari ini dan ia memberikan saya keyakinan pada masa depan."

Sementara itu, pasukan yang mempunyai 'sangkut paut' dengan Malaysia, Petronas Yamaha SRT terus kempunan untuk menghasilkan cabaran sengit.

Giliran Fabio Quartararo takluk Qatar, Rossi kecewa di tangga ke-16! 03

Franco Morbidelli

Naib juara dunia tahun lalu, Franco Morbidelli sekadar menamatkan perlumbaan di tangga ke-12 manakala lebih malang buat juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi yang terpaksa akur menamatkan saingan di luar pungutan mata, tangga ke-16.

Giliran Fabio Quartararo takluk Qatar, Rossi kecewa di tangga ke-16! 04

Valentino Rossi

Keputusan GP Doha

1 Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), 42 minit 23.997 saat

2 Johann Zarco (FR) Pramac Ducati (GP21), +1.457 s

3 Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP21), +1.500 s

4 Alex Rins (SPA) Suzuki Ecstar (GSX-RR), +2.088 s

5 Maverick Vinales (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +2.110 s

6 Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Team (GP21), +2.642 s

7 Joan Mir (SPA) Suzuki Ecstar (GSX-RR), +4.868 s

8 Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +4.979 s

9 Jack Miller (AUS) Ducati Team (GP21), +5.365 s

10 Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Gresini (RS-GP), +5.382 s

11 Enea Bastianini (ITA) Avintia Ducati (GP19), +5.550 s

12 Franco Morbidelli (ITA) Petronas Yamaha (YZR-M1), +5.787 s

13 Pol Espargaro (SPA) Repsol Honda (RC213V), +6.063 s

14 Stefan Bradl (GER) Repsol Honda (RC213V), +6.453s

15 Miguel Oliveira (POR) Red Bull KTM (RC16), +8.928s

16 Valentino Rossi (ITA) Petronas Yamaha (YZR-M1), +14.246 s

17 Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +16.241 s

18 Luca Marini (ITA) Sky VR46 Avintia Ducati (GP19), +16.472 s

19 Danilo Petrucci (ITA) KTM Tech3 (RC16), +16.779 s

20 Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Gresini (RS-GP), +38.775 s

             Alex Marquez (SPA) LCR Honda (RC213V)            DNF

             Iker Lecuona (SPA) KTM Tech3 (RC16)    DNF

Sumber imej: Facebook Monster Yamaha MotoGP, Facebook MotoGP, Facebook Petronas SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda