window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar

Khairil ยท Mar 20, 2021 10:00 AM

Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar 01

Ikon sukan permotoran negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui kecederaan yang dihadapinya sebelum ini masih belum 100 peratus pulih, namun ia tidak menghalangnya untuk cuba meraih sesi yang baik pada ujian rasmi Moto2 di Qatar, hujung minggu ini.

Sebagai info, Hafizh terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan plat logam di tangannya yang cedera susulan kemalangan ngeri yang menimpanya di Grand Prix Valencia pada tahun 2015 pada awal Februari lalu.

Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar 01

Selain bergelut dengan proses pemulihan, satu lagi malang menimpa pelumba berusia 26 tahun itu yang berlepas ke Qatar, semalam iaitu kesakitan urat belakang di bahagian pinggang.

"Kecederaan lama pun belum 100 peratus pulih, saya tidak tahu bila akan pulih sepenuhnya, masih ada sakit," katanya yang akan berlumba bersama pasukan baharu, NTS RW Racing GP.

Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar 02

"Dan yang terbaru, urat di 'lower back' tertarik sehingga terpaksa jalan menggunakan tongkat, sehingga minta tukang urut datang urut, baru saya dapat berjalan seperti biasa.

"Tetapi masih rasa sengal-sengal sikit. Saya harap keadaan semakin pulih di Qatar dan persediaan dari segi mental dan fizikal pun semakin lama semakin baik."

Hafizh akan menjalani ujian rasmi Moto2 di Losail bermula Jumaat ini sebelum mengharungi perlumbaan pembuka tirai musim 2021 di litar sama pada 28 Mac ini.

Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar 03

Mengulas mengenai persiapan pasukannya, Hafizh berkata dia tidak meletakkan sasaran yang begitu tinggi kerana ia adalah musim pertamanya bersama NTS selepas meninggalkan pasukan Aspar musim lalu.

Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar 04

Aksi Hafizh bersama pasukan Aspar, musim lalu.

"Kalau tiba-tiba perlumbaan ini saya berada di lima terbaik atau memberi saingan yang terbaik, itu adalah bonus untuk kita, tapi saya dan team memang bersemangat dan bekerja keras.

Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar 05

"Ada beberapa bahagian casis motor itu, saya minta perbaiki sikit seperti pada bahagian tangki, dan pasukan memang buat dan telah maklumkan dengan saya, jadi saya memang tak sabar nak buat ujian ini walaupun saya masih belum 100 peratus baik, dengan keadaan sakit pinggang ini," katanya.

Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar 06

Begitupun, ini bukan kali pertama Hafizh menunggang jentera NTS kerana dia pernah menguji jentera baharunya itu pada ujian musim sejuk di Litar Jerez, Sepanyol pada November lalu.

Sumber imej: Facebook Hafizh Syahrin

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda