window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hafizh Syahrin label Honda CBR1000RR-R Fireblade menakjubkan, gigih cari keserasian menjelang aksi pembuka tirai WSBK 2022!

Khairil Β· Mar 28, 2022 05:30 PM

Hafizh Syahrin label Honda CBR1000RR-R Fireblade menakjubkan, gigih cari keserasian menjelang aksi pembuka tirai WSBK 2022! 01

Ramai teruja apabila Hafizh Syahrin Abdullah mula menunggang Honda CBR1000RR-R Fireblade di atas litar dan untuk ikon sukan permotoran dua roda negara itu, jentera yang bakal bertarung di pentas Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2022 itu disifatkan sebagai menakjubkan.

Hafizh boleh dianggap memulakan tugasnya secara rasmi sebagai pelumba WSBK selepas menguji jentera hebat berkenaan ketika sesi latihan pra-musim WSBK 2022 di Litar Catalunya, Sepanyol, minggu lalu.

Juga baca: WSBK 2022: Keterujaan kian terasa, Hafizh Syahrin mula uji Honda CBR1000RR-R

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hafizh Syahrin label Honda CBR1000RR-R Fireblade menakjubkan, gigih cari keserasian menjelang aksi pembuka tirai WSBK 2022! 01

Beraksi bersama pasukan MIE Racing Honda, pelumba berusia 27 tahun itu berhasrat untuk menunggang jentera itu lebih awal tetapi membuat keputusan menunggu sehingga kelahiran anak sulungnya sebelum menjalani sesi ujian.

Hafizh Syahrin label Honda CBR1000RR-R Fireblade menakjubkan, gigih cari keserasian menjelang aksi pembuka tirai WSBK 2022! 02

Dan selepas beberapa pusingan direkodkan di Catalunya termasuk dalam keadaan litar basah bersama jentera 'Superbike' aras tinggi keluaran Honda itu, ini input yang diberikan oleh Hafizh.

Hafizh Syahrin label Honda CBR1000RR-R Fireblade menakjubkan, gigih cari keserasian menjelang aksi pembuka tirai WSBK 2022! 03

"Perasaan pertama saya terhadap Superbike Honda itu adalah ia menakjubkan kerana saya tidak pernah berpeluang untuk menunggang superbike ini sebelum ini," kata Hafizh yang juga bekas pelumba MotoGP negara.

Juga baca: Sah, Hafizh Syahrin ubah angin ke WSBK 2022, sertai MIE Racing Honda!

"Segala-galanya adalah baharu, bukan saja jentera tetapi termasuk tayar, suspensi dan juga krew jadi kami semua perlu mengenali satu sama lain dengan lebih baik.

Hafizh Syahrin label Honda CBR1000RR-R Fireblade menakjubkan, gigih cari keserasian menjelang aksi pembuka tirai WSBK 2022! 04

"Ia memerlukan masa untuk memahami segala-galanya, jadi secara asasnya, sepanjang hari pertama dan setengah hari dalam keadaan litar kering, kami pergi ke litar dengan pelarasan asas dan melakukan pusingan dengan pelarasan yang sama, tanpa sebarang perubahan."

Mengulas lanjut, Hafizh yang boleh dianggap sebagai jaguh di atas litar basah menyuarakan keyakinan dia mampu mencipta catatan masa lebih baik pada sesi ujian terakhir di Aragon nanti. 

Hafizh Syahrin label Honda CBR1000RR-R Fireblade menakjubkan, gigih cari keserasian menjelang aksi pembuka tirai WSBK 2022! 05

"Saya merasa baik dalam keadaan litar basah tetapi sudah tentu saya mahu meningkat dalam keadaan kering dan lebih pantas daripada apa yang kami peroleh di sini.

Juga baca: Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin?

Hafizh Syahrin label Honda CBR1000RR-R Fireblade menakjubkan, gigih cari keserasian menjelang aksi pembuka tirai WSBK 2022! 06

"Kami akan mula mengusahakan dari sudut elektronik dan pelarasan di Aragon dan saya yakin saya boleh menjadi lebih pantas dan mengurangkan jurang sedikit.

"Kami juga akan berpeluang untuk mencuba beberapa tayar, spesifikasi yang lebih lembut yang mana tiada di sini (Catalunya). Saya tidak sabar untuk pergi ke Aragon."

Hafizh Syahrin label Honda CBR1000RR-R Fireblade menakjubkan, gigih cari keserasian menjelang aksi pembuka tirai WSBK 2022! 07

Mengikut kalendar WSBK 2022, Litar MotorLand Aragon, Sepanyol akan menjadi destinasi ujian pra-musim berikutnya untuk WSBK yang dijadual pada 4 dan 5 April sebelum kempen 2022 membuka tirainya di litar sama pada 8 hingga 10 April.

Juga baca: RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda