window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga macam Myvi, Suzuki bakal jual EV rakyat mampu milik di India menjelang 2025

Faisal ยท Oct 6, 2021 11:00 AM

Harga macam Myvi, Suzuki bakal jual EV rakyat mampu milik di India menjelang 2025 01

Prototaip Maruti Suzuki Wagon R elektrik.

Menurut laporan dari Nikkei Jepun, jenama Maruti Suzuki, iaitu pakar kereta kompak India (mencecah 50 peratus bahagian pasaran) bakal melancarkan EV pertama mereka menjelang tahun 2025.

Setelah terjalinnya kerjasama antara kerajaan India dan Suzuki, Maruti Suzuki kini telah menjadi anak syarikat kepada Suzuki Motor. Kiranya, ia hampir sama seperti Perodua di Malaysia.

Harga macam Myvi, Suzuki bakal jual EV rakyat mampu milik di India menjelang 2025 02

Konsep Suzuki Waku Spo PHEV di Tokyo Motor Show 2019.

Menurut Nikkei, EV pertama buat Maruti Suzuki nanti akan berharga sekitar 13,700 USD atau kurang, (~RM 57k) selepas subsidi oleh kerajaan.

Menariknya, model ini akan turut dipasarkan ke luar India seperti di Eropah dan Japan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejak tahun 2018 lagi, Maruti Suzuki telah menguji 50 unit Suzuki Wagon R yang ditukarkan ke EV.

Harga macam Myvi, Suzuki bakal jual EV rakyat mampu milik di India menjelang 2025 01

Di samping itu, Toshiba juga sedang giat membangunkan kilang bateri lithium-ion pertama buat negara India. Kilang Lithium-ion Battery Gujerat Private Limited (TDSG) ini merupakan kerjasama antara Toshiba Corporation, Denso Corporation dan Suzuki Motor Corporation.

Fasiliti itu akan mengeluarkan bekalan bateri untuk model hibrid Maruti Suzuki. Untuk makluman anda, kebanyakan model Maruti Suzuki yang dijual sekarang datang dengan pilihan hibrid sederhana (Suzuki Smart Hybrid).

Harga macam Myvi, Suzuki bakal jual EV rakyat mampu milik di India menjelang 2025 02

Secara umumnya, kerajaan India menyasarkan supaya kenderaan elektrifikasi (hibrid, hibrid plug-in & EV) menyumbang sehingga 30 peratus daripada jualan kereta menjelang tahun 2030.

Uniknya, insentif EV di India sebenarnya agak rumit dimana ia berubah mengikut negeri. Di tahap nasional, kerajaan mereka memperuntukkan insentif bernilai 1.4 juta USD untuk pembelian kereta EV. Malah untuk penyediaan infrastruktur EV seperti pusat mengecas, mereka berbelanja sehingga 136 juta USD.

Untuk pengetahuan anda, pembeli di India dapat menikmati subsidi 10,000 INR (sekitar RM 560) untuk setiap kapasiti bateri (kWj). Walau bagaimanapun, ia tertakluk pada EV yang berharga bawah 1 juta INR (sekitar RM 88k).

Sesetengah negeri seperti Maharashtra pula menawarkan sehingga 3,000 USD (sekitar RM 12,400).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia