window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Malaysia edar komputer riba, pelitup muka, kit keselamatan banjir untuk bantu komuniti

Mersita · Feb 23, 2021 03:00 PM

Honda Malaysia edar komputer riba, pelitup muka, kit keselamatan banjir untuk bantu komuniti 01

Dikala ramai terhimpit dengan tekanan pandemik COVID-19 dan banjir teruk bulan lalu, Honda Malaysia tampil menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan. Syarikat automotif tersohor itu telah mengagihkan barang-barang keperluan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan termasuklah Kit Keselamatan Banjir bagi 500 keluarga mangsa banjir di Pahang, pelitup muka bagi sekolah dan ‘frontliners’, serta komputer riba untuk pelajar kurang berkemampuan baru-baru ini.

Memandangkan ramai pelajar-pelajar sekolah yang terpaksa mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), syarikat yang berpangkalan di Pegoh, Melaka itu telah memesan komputer riba untuk dihantar ke empat buah sekolah menengah di Melaka. Komputer riba ini akan diagihkan kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang tiada peranti untuk sesi PdPR yang sempurna.

Honda Malaysia edar komputer riba, pelitup muka, kit keselamatan banjir untuk bantu komuniti 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata peranti seperti komputer telah menjadi satu keperluan bagi pelajar untuk berdepan dengan pembelajaran jarak jauh dan perkara ini telah memberi kesan kepada pelajar yang tiada akses kepada peranti-peranti teknologi.

“Kami harap melalui sumbangan kami ini pelajar-pelajar berkenaan akan mempunyai suasana pembelajaran yang lebih baik dan lebih bersemangat untuk meneruskan pendidikan mereka,” tambah beliau.

Honda Malaysia edar komputer riba, pelitup muka, kit keselamatan banjir untuk bantu komuniti 01

Selain daripada komputer riba untuk pelajar, syarikat itu menyumbangkan 500 kotak pelitup separuh muka untuk 10 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di Melaka serta 1,000 keping pelindung muka untuk ‘frontliners’ di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Semua sumbangan telah dibuat mengikut SOP yang ditetapkan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda