window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Pilot generasi 2023 membuat debut, abang CR-V dengan enjin 3.5L V6, kamera TrailWatch!

Faisal · Nov 13, 2022 10:00 AM

Honda Pilot generasi 2023 membuat debut, abang CR-V dengan enjin 3.5L V6, kamera TrailWatch! 01

Dengan SUV yang menjadi tumpuan pasaran pada masa sekarang, Honda turut mengambil kesempatan dengan memperkenalkan Honda Pilot generasi keempat.

Honda Pilot generasi 2023 membuat debut, abang CR-V dengan enjin 3.5L V6, kamera TrailWatch! 02

Model yang dibangunkan khas untuk pasaran Amerika ini tampil dengan pembaharuan reka bentuk yang mana ia menerapkan unsur lebih bersegi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Pilot generasi 2023 membuat debut, abang CR-V dengan enjin 3.5L V6, kamera TrailWatch! 01

Pada bahagian depan, Honda Pilot 2023 nampak ada iras CR-V dan HR-V tetapi dengan bentuk yang jauh lebih berkarisma. Di bahagian tepi pula, ada tiang-C besar yang memisahkan cermin tempat duduk baris kedua dan ketiga.

Beralih ke bahagian belakang, Honda Pilot 2023 tampil megah dengan sentuhan tulisan ‘PILOT’ yang terpampang besar di antara kedua-dua lampu.

Honda Pilot generasi 2023 membuat debut, abang CR-V dengan enjin 3.5L V6, kamera TrailWatch! 02

Sebagai SUV teratas Honda, Pilot 2023 juga membuat debut untuk ciri kamera TrailWatch yang mana bawah 15 km/j, ia diaktifkan secara automatik kalau mod Trail diaktifkan.

Honda Pilot generasi 2023 membuat debut, abang CR-V dengan enjin 3.5L V6, kamera TrailWatch! 03

Masuk ke bahagian dalam. papan pemukanya menggabungkan sentuhan dan elemen yang ada pada Civic dan CR-V.

Kabin Honda Pilot 2023 juga didominasikan oleh kluster digital 10.2 inci dengan infotainment 9 inci.

Honda Pilot generasi 2023 membuat debut, abang CR-V dengan enjin 3.5L V6, kamera TrailWatch! 04

Bagi anda yang belum tahu, Honda Pilot mempunyai 8 tempat duduk dan baris keduanya boleh dilipat penuh sampai jadi rata.

Honda Pilot generasi 2023 membuat debut, abang CR-V dengan enjin 3.5L V6, kamera TrailWatch! 05

Dari segi trenkuasa, Pilot 2023 menggunakan enjin 3.5L V6 NA yang menghembuskan 285 PS dan 385 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dan kuasa dihantar ke sistem pacuan semua roda i-VTM (Intelligent Variable Torque Management).

Honda Pilot generasi 2023 membuat debut, abang CR-V dengan enjin 3.5L V6, kamera TrailWatch! 06

Sebagai model mercu Honda, sistem keselamatan ADAS Honda Sensing juga didatangkan standard pada semua varian Honda Pilot 2023.

Juga baca2023 Honda CR-V generasi baharu didedah - 1.5 Turbo dan 2.0 Hybrid, dilengkapi 10 beg udara!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda