window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu!

Faisal Ā· Jan 26, 2024 02:54 PM

HR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu! 01

Gambar dari Facebook T Bone LP.

Sebagai pelanggan, pasti kita akan merasa lebih yakin dengan sesuatu model itu sekiranya ramai yang membelinya. Sebagai contoh, Honda HR-V. Namun begitu, terdapat golongan pembeli yang merasakan bahawa model laku keras seperti ini tidak lagi nampak istimewa atau unik.

HR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu! 02

Di sinilah Honda ZR-V versi 'recond' yang mula dibawa masuk oleh penjual dan pengimport kenderaan NJ Resources Sdn Bhd dari Pandan Indah, Ampang ini boleh menjadi alternatif menarik.

HR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, ZR-V dibangunkan berasaskan arkitektur lebih berkualiti iaitu platform segmen C yang turut digunapakai oleh Honda Civic. Sebagai perbandingan, HR-V menggunakan platform kelas Honda City iaitu di segmen B.

HR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu! 01

Bercakap mengenai segmen C, Honda ZR-V recond ini lengkap dengan semua ciri yang ada pada CR-V baharu yang dilancarkan pada Disember lepas. Antaranya seperti kamera 360-darjah, sistem audio Bose, kluster digital sepenuhnya, port USB-C, pengecas tanpa wayar, sokongan Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar, fungsi memori untuk tetapan tempat duduk pemandu dan pelaras berkuasa untuk tempat duduk penumpang.

HR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu! 02

Menariknya, ADAS Honda Sensing yang ada pada ZR-V ini mempunyai satu fungsi yang tidak ada pada model Honda Malaysia setakat ini iaitu sistem amaran titik buta Blind Spot Information (BSI). Untuk mereka yang merasakan bahawa teknologi ini lebih berkesan daripada sistem kamera LaneWatch yang hanya menyokong untuk belah kiri, ZR-V recond pasti lebih menggiurkan.

HR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu! 03

Dalam konteks model pemasangan Jepun, crossover segmen C ini juga hadir dengan ciri yang sinonim dengan model recond dari sana iaitu pemanas tempat duduk dan pemanas roda stereng.

HR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu! 04

Dari segi teknikal, Honda ZR-V yang dibawa masuk ini hadir dengan enjin 1.5L VTEC Turbo (178 PS, 240 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT.

HR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu! 05

Jadi, untuk anda yang mahukan penawaran tahap segmen C tetapi tidak berkenan dengan dimensi sebesar CR-V, Honda ZR-V recond pasti dapat memuaskan kehendak anda. Lagipun, laporan jualan Honda ZR-V recond ini disahkan sebagai kereta gred 6 iaitu kualiti teratas untuk model import Jepun.

HR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu! 06

Harga yang ditawarkan pula adalah RM 198,000. Namun sebagai model yang dijual oleh pengimport, harganya pasti boleh dikurangkan lagi sekiranya anda serius hendak membelinya.

Juga bacaJualan Honda ZR-V bermula April 2023 di Jepun - dari RM 95k, 2 pilihan enjin, ganti CR-V?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda